Aduan Rakyat October 5th, 2011  
Linguaphone mensasarkan pelajar IPTA/IPTS untuk membeli produk bantu belajar 
bahasa Inggeris dengan memaksa pelajar secara psikologi. Saya bekas pelajar 
Politeknik Ungku Omar telah terjebak dalam kontrak produk ini.
 
Perkara ini berlaku pada tahun 2009. Mereka membuka booth dan menunggu pelajar 
habis kelas untuk menperkenal produk mereka. Ketika itu saya bersama 2 lagi 
rakan telah dipaksa untuk duduk dan dengar butiran produk tersebut. Saya dan 
seorang rakan diberi kepada seorang petugas lelaki, manakala seorang lagi rakan 
dengan petugas wanita.
 
Saya dan rakan berkeras tidak mahu membeli kerana kami tidak mempunyai wang. 
Kami dipaksa untuk membayar pendahuluan sebanyak RM110, dimana jumlah 
keseluruhan produk itu adalah RM2999. Kami meminta untuk menghubungi ibu bapa 
untuk bertanyakan pendapat mereka namun diherdik oleh petugas terbabit dengan 
mengatakan ‘ibu bapa tak kan tak bagi anak beli benda untuk belajar macam ni, 
kalau macam tu tak guna jadi mak ayah la’ menyebabkan kami berasa sangat 
tertekan.
 
Kami cuba lari namun dengan tiba tiba petugas wanita tadi memberitahu bahawa 
rakan saya yg bersamanya telah membayar deposit untuk kami berdua. Saya 
tergamam dan tidak dapat berbuat apa apa, dan terpaksa menandatangani kontrak 
tersebut. Selepas membawa pulang alat tersebut, sangat mendukacitakan apabila 
alat tersebut langsung tidak berfungsi. Kami berasa tertipu dan membuat aduan 
kepada pensyarah.
 
Pensyarah kami meminta untuk deposit kami dipulangkan dan kami memberi semula 
barang itu, namun kami dimarahi dan petugas mengeluarkan kata  kata kesat 
terhadap kami dan sejak dari itu, mereka kerap telefon dan memaksa kami membuat 
bayaran setiap bulan sebanyak Rm150. Kami tidak mengendahkannya kerana alat 
tersebut tidak berfungsi dan ini menyusahkan kami yang terpaksa menanggung 
hutang semasa baru berumur 18 tahun ketika itu.
 
Selepas beberapa bulan, mereka menelefon dan meminta kami pulangkan alat 
tersebut ke main office mereka jika mahu membatalkan kontrak, tetapi wang 
deposit tidak akan dikembalikan. Kerana tidak mahu disenarai hitam, saya dan 
rakan menghantar barang tersebut menggunakan pos laju pada penghujung 2009. 
Selepas itu pihak Linguaphone senyap begitu sahaja dan tiada panggilan telefon 
mahupun surat seperti dahulu. Saya fikir barang tersebut telah sampai dan 
kontrak telah ditamatkan sepertimana yang mereka janjikan.
Walaubagaimanapun, pagi ini saya dihubungi pihak mereka dengan menggunakan 
nombor 012 9882360/ 0125012362 dan 0122367743 yang mengaku mereka dari 
Linguaphone. Mereka mengatakan saya tidak memulangkan barang tersebut dan akaun 
saya telah tertunggak. Saya terkejut dengan apa yang berlaku. Sekarang telah 
masuk penghujung 2011, tetapi baru sekarang mereka menghubungi saya dan 
mengatakan barang tidak sampai. Saya mengatakan barang tersebut telah dipos 
sejak 2009 dan mengapa baru sekarang mereka telefon. Petugas tersebut 
memberitahu saya sepatutnya menghantar terus ke pejabat utama mereka di Kuala 
Lumpur sedangkan pada 2009 mereka menyuruh saya menggunakan pos laju sahaja.
 
Mereka seakan akan mempergunakan kuasa mereka untuk menjerat saya dalam perkara 
ini sedangkan barang telah 2 tahun saya serahkan. Mereka memaksa saya menyemak 
di pejabat pos untuk mengesan barang tersebut. Saya menghantar barang itu di 
Ipoh, dan mereka mendesak saya untuk segera berurusan dengan pejabat pos di 
sana. Ini menyusahkan saya kerana saya berada di Pulau Pinang dan telah tamat 
belajar di sana.
 
Mereka juga mengugut untuk ‘blacklist’ akaun saya di bank sekiranya barang 
tersebut masih mereka belum terima. Saya bingung kerana barang tersebut saya 
telah hantar dan bukti slip pos telah hilang kerana perkara ini telah lama 
berlaku. Mereka memaki hamun saya didalam telefon bila saya mengatakan mereka 
memaksa saya membeli, sekarang memaksa saya lagi. Saya berang dengan tindakan 
tersebut dan mahu pihak mereka diambil tindakan sewajarnya kerana saya pasti 
bukan saya sahaja yang mengalami nasib ini, pasti ramai lagi diluar sana 
menghadapi masalah yang serupa. Saya berharap pihak aduanrakyat menyemak aduan 
lain yang banyak mengenai Linguaphone ini kerana ia seperti tiada kesudahan 
malah semakin ramai yang terkena.
 
By: noramira
 
http://www.aduanrakyat.com.my/linguaphone-menipu-dan-memaksa-pelajar-ipta-untuk-membeli-produk-mereka


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke