Ada banyak perkara yang ingin saya ulas mengenai bajet 2012. Dalam ruangan ini 
saya ingin ulas pemberian sekali sahaja RM500 kepada isi rumah berpendapatan 
RM3,000 ke bawah. Program ini akan GAGAL sekiranya pelaksanaan di peringkat 
akar umbi tidak telus dan tidak menyeluruh. Ingat lagi tak program Kupon Beras 
untuk keluarga miskin yang dicanang-canang pada tahun 2009.

Program tersebut diberi nama SUBUR iaitu Program Subsidi Beras Untuk Rakyat 
(Subur) dengan kos RM60 juta sebulan. Ianya dilancarkan pada 13 Oktober 2009, 
akan tetapi kabinet menangguhkan program ini pada 15 Nov 2009 atas alasan ramai 
nama yang tercicir, dan ada nama yang telah meninggal dunia terdapat dalam 
senarai yang menerima bantuan.

Untuk mendapatkan RM500 , perlu mendaftar di LHDN. Bagaimana kita nak pastikan 
setiap keluarga di kampung mendapat bantuan tersebut, juga setiap keluarga 
orang asal? Bagaimana pula nak dikira satu isi keluarga? Kalau dalam satu rumah 
di kampung ada pasangan datuk dan nenek, pasangan emak dan ayah, pasangan abang 
dan kakak ipar, pasangan kakak dan abang ipar dan pasangan cucu sulung yang 
sudah berkahwin, sudah di kira 5 ketua isi rumah yang pastinya pendapatan 
mereka bawah RM 3,000 sebulan.

Kalau semua ini dapat dilaksanakan sampai ke peringkat akar umbi, memang amat 
baik. Bagaimana kita hendak pastikan tiada yang tercicir seperti Program Kupon 
Beras SUBUR yang akhirnya ditangguhkan? Juga seperti kisah IBU PERGI PEJABAT KE 
PEJABAT TAGIH SIMPATI pada hujung artikel ini.

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com 

INTIPATI BAJET 2012
Kerajaan bercadang membuat pemberian tunai secara one-off atau sekali sahaja 
seperti berikut: Bantuan sebanyak 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan 
bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus 
daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada 
bantuan ini. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah 
berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan 
ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UcapanBelanjawan2012/Article 
 
PEMBERIAN KUPON BERAS PERCUMA 
Pada 13 Oktober 2009, Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar telah 
mengumumkan kerajaan akan mengedarkan kupon beras percuma kepada 200 000 
keluarga miskin di seluruh negara hujung tahun ini. Pemberian kupon khas 
tersebut bagi mengantikan sistem pemberian subsidi beras kepada pengilang dan 
pemborong yang bernilaiRM60 juta sebulan.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/99-isu-negeri/4952-pemberian-kupon-beras-percuma.html
  

ORANG MATI PUN LAYAK DAPAT KUPON BERAS 
Di mana silapnya ? Bukan kupon beras sahaja, banyak bantuan kerajaan sebelum 
ini ada yang tidak sampai ke golongan sasaran. Tak percaya tanyalah orang 
kampung siapa selalu dapat bantuan kewangan, rumah PPRT, bantuan lembu, tanah 
pinggir dan sebagainya ?
http://amkns.blogspot.com/2009/10/orang-mati-pun-layak-dapat-kupon-beras.html 

KEMENTERIAN PERTANIAN DIMINTA TANGGUH SUBSIDI BERAS 
BACHOK, 15 Nov (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 
diminta menangguhkan cadangan pemberian subsidi beras kepada golongan miskin 
pada bulan depan kepada suatu tarikh lain untuk memberi peluang lebih ramai 
rakyat mendapat faedah. Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek 
Hussein bimbang jika cadangan itu dilaksanakan pada tempoh berkenaan, hanya 
sebilangan kecil iaitu mereka yang mendaftar dengan E-Kasih sahaja yang 
mendapat faedah."Kerajaan persekutuan membelanjakan peruntukan sebanyak RM60 
juta sebulan bagi tujuan itu," katanya.
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=455408  

KERAJAAN TANGGUH PROGRAM SUBSIDI BERAS
2010/04/07
KERAJAAN menangguhkan pelaksanaan Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur) 
bagi membolehkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Unit 
Penyelarasan Pelaksanaan (JPP) Jabatan Perdana Menteri (JPM) membuat pengesahan 
senarai nama dalam daftar e-kasih dan memasukkan semula senarai yang tercicir. 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kerajaantangguhprogramsubsidiberas/Article/index_html
  

IBU PERGI PEJABAT KE PEJABAT TAGIH SIMPATI 

Hanya semata-mata untuk memberi makan kepada keluarga dan merawat anaknya yang 
sakit, seorang ibu terpaksa menebalkan muka, pergi dari satu pejabat ke satu 
pejabat untuk menagih simpati mereka yang sudi membantu. Rohariza Che Lah, 32, 
tidak bekerja serta mempunyai 3 orang anak, telah berbuat demikian sejak anak 
bongsu kesayangannya Mohamad Shahrul Danish Hisham, 2 tahun telah disahkan 
mempunyai masalah jantung di Hospital Sultanah Bahiyah.

Anaknya memerlukan rawatan yang kerap yang dia tidak mampu untuk menanggung 
perbelanjaan pergi balik dan segala yang berkaitan. Rohaiza dan keluarganya 
meneruskan kehidupan dengan bantuan jirannya yang prihatin, menyewa di sebuah 
bilik yang sempit dengan sewa RM80 sebulan.

Beliau ada memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi belum mendengar 
apa-apa maklum balas.Kepada sesiapa yang ingin membantu keluarga ini, bolehlah 
berjumpa mereka di bilik sewaan mereka di No. 140, Jalan Bunga Raya, Tongkang 
Yard, Alor Star, kerana mereka tidak mempunyai telefon dan akaun bank.
http://waghih.blogspot.com/2011/10/ibu-pergi-pejabat-ke-pejabat-tagih.html 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke