Terlalu banyak aduan dalam internet mengenai para pelajar di IPT yang diperdaya 
oleh Linguaphone. Agak menghairankan ianya tidak dilaporkan dalam Utusan 
Malaysia dan TV3 dan tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa untuk 
menyiasat dakwaan tersebut. Adakah seseorang yang berpengaruh berada di sebalik 
Linguaphone dan adakah para pelajar serta mahasiswa juga mahasiwi kita akan 
terus terpedaya dan teraniaya?
 
PEMULANGAN LINGUAPHONE 
October 7th, 2011 
 
Saya telah membeli produk linguaphone dan saya ingin memulangkannya kembali 
kerana saya baru tersedar bahawa produk tersebut tidak dapat membawa kebaikan 
kepada saya. Saya juga merasa seperti ditipu dan dipaksa untuk membeli produk 
tersebut.
 
Jurujual yang menjual produk linguaphone ini menahan saya dan rakan-rakan yang 
lain dengan mengatakan bahawa dia ingin membuat soal selidik sahaja.Tetapi dia 
tidak pula mengatakan ingin menjual produk. Apabila kami tidak mahu membeli 
mereka menahan kami dan seperti memaksa kami untuk membeli produk ini 
sehinggakan kami tidak mampu lagi untuk menolak.
 
Mereka juga turut menggunakan kata-kata yang sangat manis untuk mempengaruhi 
kami yang kurang pengetahuan tentang produk ini  supaya membelinya. Malangnya, 
ada diantara rakan-rakan saya yang baru tersedar bahawa mereka ditipu dan ingin 
memeulangkan produk ini, ada diantara mereka yang dimarahi oleh jurujual. 
Jurujual tersebut juga tidak mengendahkan panggilan kami untuk bertanyakan 
tentang kaedah memulangkan produk ini.
 
Saya dan rakan-rakan yang lain sangat berharap dapat memulangkan produk 
linguaphone ini dan mendapatkan kembali wang deposit yang telah kami bayar 
sebanyak RM299. Kami juga sedar bahawa kami tidak akan mampu membayar harga 
produk ini yang mencecah ribuan ringgit kerana kami masih lagi belajar. Saya 
sangat berharap agar pihak aduan rakyat dapat membantu untuk menyelesaikan 
masalah yang kami hadapi.Sekian terima kasih.
 
By: Amirah http://www.aduanrakyat.com.my/pemulangan-linguaphone
 
LINGUAPHONE MENIPU DAN MEMAKSA PELAJAR IPTA UNTUK MEMBELI PRODUK MEREKA 
October 5th, 2011 
 
Linguaphone mensasarkan pelajar IPTA/IPTS untuk membeli produk bantu belajar 
bahasa Inggeris dengan memaksa pelajar secara psikologi. Saya bekas pelajar 
Politeknik Ungku Omar telah terjebak dalam kontrak produk ini.
 
Perkara ini berlaku pada tahun 2009. Mereka membuka booth dan menunggu pelajar 
habis kelas untuk menperkenal produk mereka. Ketika itu saya bersama 2 lagi 
rakan telah dipaksa untuk duduk dan dengar butiran produk tersebut. Saya dan 
seorang rakan diberi kepada seorang petugas lelaki, manakala seorang lagi rakan 
dengan petugas wanita.
 
Saya dan rakan berkeras tidak mahu membeli kerana kami tidak mempunyai wang. 
Kami dipaksa untuk membayar pendahuluan sebanyak RM110, dimana jumlah 
keseluruhan produk itu adalah RM2999. Kami meminta untuk menghubungi ibu bapa 
untuk bertanyakan pendapat mereka namun diherdik oleh petugas terbabit dengan 
mengatakan ‘ibu bapa tak kan tak bagi anak beli benda untuk belajar macam ni, 
kalau macam tu tak guna jadi mak ayah la’ menyebabkan kami berasa sangat 
tertekan.
 
Kami cuba lari namun dengan tiba tiba petugas wanita tadi memberitahu bahawa 
rakan saya yg bersamanya telah membayar deposit untuk kami berdua. Saya 
tergamam dan tidak dapat berbuat apa apa, dan terpaksa menandatangani kontrak 
tersebut. Selepas membawa pulang alat tersebut, sangat mendukacitakan apabila 
alat tersebut langsung tidak berfungsi. Kami berasa tertipu dan membuat aduan 
kepada pensyarah.
 
Pensyarah kami meminta untuk deposit kami dipulangkan dan kami memberi semula 
barang itu, namun kami dimarahi dan petugas mengeluarkan kata  kata kesat 
terhadap kami dan sejak dari itu, mereka kerap telefon dan memaksa kami membuat 
bayaran setiap bulan sebanyak Rm150. Kami tidak mengendahkannya kerana alat 
tersebut tidak berfungsi dan ini menyusahkan kami yang terpaksa menanggung 
hutang semasa baru berumur 18 tahun ketika itu.
 
Selepas beberapa bulan, mereka menelefon dan meminta kami pulangkan alat 
tersebut ke main office mereka jika mahu membatalkan kontrak, tetapi wang 
deposit tidak akan dikembalikan. Kerana tidak mahu disenarai hitam, saya dan 
rakan menghantar barang tersebut menggunakan pos laju pada penghujung 2009. 
Selepas itu pihak Linguaphone senyap begitu sahaja dan tiada panggilan telefon 
mahupun surat seperti dahulu. Saya fikir barang tersebut telah sampai dan 
kontrak telah ditamatkan sepertimana yang mereka janjikan.
 
Walaubagaimanapun, pagi ini saya dihubungi pihak mereka dengan menggunakan 
nombor 012 9882360/ 0125012362 dan 0122367743 yang mengaku mereka dari 
Linguaphone. Mereka mengatakan saya tidak memulangkan barang tersebut dan akaun 
saya telah tertunggak. Saya terkejut dengan apa yang berlaku. Sekarang telah 
masuk penghujung 2011, tetapi baru sekarang mereka menghubungi saya dan 
mengatakan barang tidak sampai. Saya mengatakan barang tersebut telah dipos 
sejak 2009 dan mengapa baru sekarang mereka telefon. Petugas tersebut 
memberitahu saya sepatutnya menghantar terus ke pejabat utama mereka di Kuala 
Lumpur sedangkan pada 2009 mereka menyuruh saya menggunakan pos laju sahaja.
 
Mereka seakan akan mempergunakan kuasa mereka untuk menjerat saya dalam perkara 
ini sedangkan barang telah 2 tahun saya serahkan. Mereka memaksa saya menyemak 
di pejabat pos untuk mengesan barang tersebut. Saya menghantar barang itu di 
Ipoh, dan mereka mendesak saya untuk segera berurusan dengan pejabat pos di 
sana. Ini menyusahkan saya kerana saya berada di Pulau Pinang dan telah tamat 
belajar di sana.
 
Mereka juga mengugut untuk ‘blacklist’ akaun saya di bank sekiranya barang 
tersebut masih mereka belum terima. Saya bingung kerana barang tersebut saya 
telah hantar dan bukti slip pos telah hilang kerana perkara ini telah lama 
berlaku. Mereka memaki hamun saya didalam telefon bila saya mengatakan mereka 
memaksa saya membeli, sekarang memaksa saya lagi. Saya berang dengan tindakan 
tersebut dan mahu pihak mereka diambil tindakan sewajarnya kerana saya pasti 
bukan saya sahaja yang mengalami nasib ini, pasti ramai lagi diluar sana 
menghadapi masalah yang serupa. Saya berharap pihak aduanrakyat menyemak aduan 
lain yang banyak mengenai Linguaphone ini kerana ia seperti tiada kesudahan 
malah semakin ramai yang terkena.
 
By: noramira 
http://www.aduanrakyat.com.my/linguaphone-menipu-dan-memaksa-pelajar-ipta-untuk-membeli-produk-mereka
 
 
LINGUAPHONE MENSASARKAN PELAJAR YANG MUDAH DIPENGARUHI 
June 24th, 2011 
 
Saya ingin melaporkan kepada pihak Kosmo berkenaan tindakan penjualan tidak 
beretika Linguaphone. Baru-baru ini, adik ipar saya (pelajar kemasukan baru 
UiTM Puncak Alam yang baru sahaja mencecah umur 18 tahun minggu lepas) telah 
dipengaruhi oleh penjual Linguaphone yang menyebabkan beliau kehabisan ratusan 
ringgit sebagai deposit.
 
Apabila keesokan harinya, setelah beliau berfikir secara tenang, beliau ingin 
memulangkan produk Linguaphone tersebut kerana mendapati beliau tidak 
memerlukannya. Akan tetapi, beliau telah dimarahi sehingga menyebabkan beliau 
tertekan dan menangis.
 
Pihak penjual telah menggunakan kata2 yang mengguris hati dan menggunakan 
alasan bahawa beliau telah menandatangani penjanjian yg menyebabkan beliau 
tidak boleh memulangkan produk tersebut. Ramai pelajar yang sebenarnya telah 
terperangkap dgn kata2 manis penjual Linguaphone.
 
Saya tidak terkejut dengan hal ini kerana semasa saya masih belajar di kolej 
pada tahun 2002 dahulu, seorang rakan saya juga telah tertipu dah membeli 
produk Linguaphone yang pada saya agak “overprice” – seunit RM 2389 (wow!) – 
“baik beli iPad je”.
 
Saya sedar bahawa ia adalah tanggungjawab individu utk memastikan mereka faham 
isi kandungan kontrak. Akan tetapi, strategi penjual Linguaphone mensasarkan 
pelajar2 baru yang memang mudah dipengaruhi dan ditipu sangat tidak beretika.
 
Tambahan, mereka peka tentang latar belakang ‘customer’ yang mudah terpengaruh 
kerana kurang pendedahan (disadvantage to those from rural area). Apabila saya 
mempersoalkan kepada pihak Linguaphone berkenaan akta jualan langsung yang 
memberi 10 hari tempoh bertenang kepada pembeli, mereka menyatakan bahawa, 
mereka menggunakan pameran / exhibition yang membolehkan akta “tempoh 
bertenang” diketepikan.
 
Saya juga telah merujuk perkara ini dengan rakan peguam saya, dan beliau 
bersetuju bahawa Linguaphone seperti menyalahgunakan penggunaan kontrak. Dalam 
erti kata lain, menyalahgunakan undang2. Malah, mereka ‘provoke’ saya utk 
melaporkan kepada pihak akhbar.
 
Saya yakin, ramai yang telah terkena dgn Liguaphone. Saya berharap tindakan 
saya utk mengetengahkan perkara ini dapat membantu lebih ramai pengguna 
memahami hak & tanggungjawab mereka sebagai pengguna. Tambahan, saya berharap 
pihak Linguaphone tidak lagi mengamalkan strategi tidak beretika.
 
Akhir kata, tidakkah kemajuan teknologi seperti penggunaan smartphone dan 
tablet PC seperti iPad telah menjadikan teknik pembelajaran melalui produk 
Linguaphone itu antik dan ketinggalan zaman? “For everybody to think, and for 
us to find out..”
 
Nota: Nama penjual En Mohd Daud b Zakaria. Pengurusnya yang kasar Pn Rosmawati 
(tidak mahu memberi nama penuh). Yang menguruskan pameran Linguaphone di UiTM 
Puncak Alam pada Isnin 13 June 2011 – 15 June 2011 diketuai oleh en Zack (tidak 
mahu member nama penuh). Puan Sham di HQ tidak setuju untuk memulangkan semula 
deposit.
 
Sekian Terima kasih.
 
By: yaya 
http://www.aduanrakyat.com.my/linguaphone-mensasarkan-pelajar-yang-mudah-dipengaruhi


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke