Bajet 2012 memperuntukan pembinaan 10,000 Rumah Mesra Rakyat (RMM) . Di 
Malaysia ada 222 Parlimen dan 576 DUN, bermakna secara purata setiap Parlimen 
hanya akan dapat 45 buah RMM atau purata setiap DUN hanya akan dapat 17 RMM 
saja.
 
Helo brader, setiap DUN ada berapa kampung , ada berapa ketua kampung, berapa 
Pengerusi JKKK? 17 buah RMM nak direbutkan untuk setiap kampung dalam DUN, 
akhirnya siapa yang dapat? Yang dapat Rumah Mesra Rakyat ini mereka yang ada 
tanah, rakyat miskin papa kedana yang tak ada tanah, minta maaflah ya, tiada 
Rumah Mesra Rakyat untuk anda.
 
Pekerja kilang yang gaji bawah RM 1,500 yang tak ada tanah pun, minta maaflah 
ya, tiada Rumah Mesra Rakyat untuk anda. 
 
Petikan Bajet 2012 - Selain itu, Program Rumah Mesra Rakyat yang dikendalikan 
oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan diteruskan bagi membantu 
golongan berpendapatan rendah memiliki rumah lebih selesa. Di bawah program 
ini, mereka yang mempunyai tanah persendirian dan tidak memiliki rumah atau 
tinggal di rumah usang, boleh mendapatkan pembiayaan untuk membina rumah 
sendiri. SPNB akan diberikan peruntukan tambahan untuk membina 10 ribu unit 
Rumah Mesra Rakyat pada tahun 2012. Kos rumah yang berharga 65 ribu ringgit 
ini, akan dijual dengan harga 45 ribu ringgit sahaja. Di sini, bagi setiap unit 
rumah, Kerajaan akan memberi subsidi sejumlah 20 ribu ringgit. Sebanyak 200 
juta ringgit akan diperuntukkan untuk program ini.
 
******** 
Pemohon yang layak memohon Rumah Mesra Rakyat adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur 18 hingga 65 tahun. 
- Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM1,500 sebulan. 
- Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak 
sempurna. 
- MEMPUNYAI TANAH / TAPAK YANG BERSESUAIAN DAN TIADA SEKATAN / CAGARAN KE 
ATASNYA. 
- Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari 
tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada SPNB. 
- Berkahwin atau, ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
www.spnb.com.my 


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke