Tolonglah percaya, khususnya mereka yang menetap, melabur atau melawat negeri 
Johor. Johor adalah negeri yang selamat dan kurang kes jenayah. Tambahan pula 
kalau hari Jumaat, nak pergi sembahyang Jumaat pula tu. Tak percaya tanya Encik 
Faizal dari Kulaijaya, Johor di bawah ini.
 
CULIK SEBELUM SOLAT JUMAAT
11 Oktober 2011 
 
KULAIJAYA: “Saya terkejut apabila diacukan pistol di bahagian perut sebaik 
keluar dari kereta di pekarangan Masjid Bandar Putra di sini, Jumaat lalu.
 
“Ketika itu, saya terbayangkan wajah isteri dan anak sebelum lelaki itu 
mengarahkan saya duduk di tempat duduk belakang, manakala lelaki berkenaan dan 
dua rakannya memandu kereta keluar dari pekarangan masjid tanpa menghiraukan 
jemaah lain,” kata mangsa culik selama empat jam hanya mahu dikenali sebagai 
Faizal, 51, semalam.
 
Menceritakan detik mencemaskan itu, Faizal berkata, kejadian berlaku pada 
kira-kira jam 1 tengah hari Jumaat lalu, ketika dia dan anak lelakinya berusia 
14 tahun menuju ke masjid berhampiran pusat beli-belah IOI Mall di sini, untuk 
mengerjakan solat Jumaat.
 
Katanya, selepas menurunkan anak, dia terus mencari tempat meletak keretanya 
dan sebaik keluar dari kenderaannya, dia didatangi tiga suspek dengan seorang 
bersenjatakan pistol.
 
“Lelaki itu terus mengacu pistol ke perut saya dan tidak menghiraukan jemaah 
masjid dan orang ramai menyaksikan kejadian. Saya dipaksa masuk di tempat duduk 
belakang kereta BMW X5 saya.
 
“Suspek kemudian memandu kereta saya menuju ke kawasan ladang kelapa sawit di 
Gelang Patah,” katanya ketika ditemui, semalam.
 
Katanya, ketika menuju ladang sawit itu kereta dipandu suspek melanggar 
kenderaan pacuan empat roda berhampiran bandar Kulai kerana dipandu dalam 
keadaan melulu dan berbahaya.
 
Menurutnya, selepas hampir sejam dalam ladang berkenaan kumpulan penculik warga 
Indonesia itu kemudian menutup matanya menggunakan kain sebelum terdengar 
perbualan menyatakan ‘bos’ sudah tiba. Ketika itu, katanya, dia berdepan detik 
mencemaskan hampir empat jam dengan macam-macam kejadian tidak diingini mula 
bermain di fikirannya kerana bukan saja diacu pistol di perut, malah 
disembunyikan di sebuah ladang kelapa sawit untuk dipertemukan dengan ketua 
geng culik itu.
 
“Kemudian saya mendengar suara lelaki dipercayai warga tempatan mendakwa saya 
orang kaya, memiliki beberapa stesen minyak dan memaksa saya menghubungi isteri 
mendapatkan wang tebusan.
 
“Lelaki itu memberitahu jika mahu selamat, saya perlu memberikannya wang tanpa 
menetapkan jumlah bayaran yang dimahukan.
 
“Tanpa berfikir panjang, saya menelefon isteri saya yang juga pengusaha sebuah 
stesen minyak di Lebuhraya Pasir Gudang bagi menyediakan wang sejumlah 
RM25,000,” katanya.
 
Menurutnya, ketika berbual lelaki berkenaan merampas telefon dan berbincang 
dengan isterinya berhubung lokasi pertemuan bagi menyerahkan wang tebusan.
 
“Pada mulanya, suspek meminta isteri saya menunggu di stesen minyak di 
Lebuhraya Pasir Gudang sebelum menukar lokasi pertemuan di Taman Perling dan 
akhirnya, meminta isteri memberhentikan kenderaan dan menunggu di susur keluar 
Kempas Lebuhraya Utara-Selatan,” katanya.
 
“Suspek kemudian memasuki kereta dipandu isteri, sebelum memandu kenderaan 
berkenaan bersama wang tebusan sebanyak RM25,000 berserta isteri menuju ke 
sebuah ladang sawit di Seelong.
 
“Selepas memastikan wang tebusan, suspek kemudian menyuruh isteri menoleh ke 
belakang sebelum membawa lari kereta BMW 5 Series bernilai RM140,000 bersama 
wang berkenaan, meninggalkan isteri di ladang berkenaan berseorangan,” katanya.
 
Menurutnya, selepas suspek menerima wang tebusan itu dia dibebaskan di sebuah 
kampung berhampiran Seelong, kira-kira empat jam kemudian tanpa sebarang 
kecederaan dan membuat laporan polis di Balai Polis Kulai.
 
http://www.hmetro.com.my/articles/2011101102102220111011021022/Article
 
Gengster Singapura ke Johor dipercayai terlibat kes bunuh        
Thursday, 28 June 2007 
Utusan Malaysia 
 
KUALA LUMPUR 27 Jun – Kumpulan gengster dari Singapura yang terlibat dalam 
kegiatan jenayah terancang di Johor dipercayai pernah terbabit dalam kes bunuh 
di republik itu beberapa tahun lalu.
 
Utusan Malaysia difahamkan anggota kumpulan gengster itu yang berusia dalam 
lingkungan 20-an sehingga 50-an telah melarikan diri ke Johor menggunakan 
dokumen palsu dan diberi perlindungan oleh sindiket yang dilindungi oleh orang 
berpengaruh.
 
Kumpulan gengster itu yang dari sehari ke sehari telah mengumpulkan kekuatan 
mereka merupakan dalang utama di sebalik kegiatan cetak rompak cakera video 
digital (DVD) dan cakera padat video (VCD) haram bukan sahaja di Malaysia 
bahkan di rantau ini yang mengaut keuntungan puluhan juta ringgit setiap bulan.
 
Selain itu, mereka juga mengaut keuntungan yang amat lumayan dengan aktiviti 
haram seperti pengedaran dadah dan mengeksploitasi wanita tempatan serta asing 
dalam sindiket pelacuran.
 
Laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Ketua Polis Negara, Tan 
Sri Musa Hassan mendedahkan kumpulan gengster dari Singapura terbabit dalam 
kegiatan jenayah terancang di Johor.
 
http://www.malaysianbar.org.my/berita/komen_undang_undang/gengster_singapura_ke_johor_dipercayai_terlibat_kes_bunuh.html


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke