Sibuk dengan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia PR1MA yang berharga RM120,000 
sebuah, rupa-rupanya masih banyak lagi para pengundi , pembeli projek perumahan 
terbengkalai yang nasib mereka masih belum mendapat pembelaan, di negeri Johor 
pula tu, negeri yang sepatutnya selamat dari jenayah.
 
 
Rayu siapkan rumah terbengkalai
KOSMO 17 Okt 2011 
 
JOHOR BAHRU – Pembeli 911 unit rumah pangsa Taman Mount Austin di sini yang 
terbengkalai sejak 2007 menggesa pihak bertanggungjawab termasuk kerajaan 
membantu agar pembinaan projek perumahan itu dapat disiapkan.
 
Ini berikutan, pembeli yang kebanyakan berpendapatan rendah itu bukan sahaja 
gagal mendiami rumah sendiri malah terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih 
untuk menyewa kediaman sementara menunggu rumah berkenaan siap.
 
Seorang pembeli, Yong Yon Choy, 21, berkata, dia membeli seunit rumah berharga 
RM50,000 pada 2003 dan telah membayar sebanyak RM35,000 dengan harapan untuk 
menduduki rumah tersebut seperti tarikh yang dijanjikan.
 
“Saya kecewa dan rasa tertipu apabila pemaju sehingga hari ini gagal 
menyerahkan rumah kami seperti yang dijanjikan.
 
“Malah saya telah mengeluarkan wang yang banyak untuk memiliki sekali gus 
berpindah ke rumah ini,” katanya yang bekerja sebagai tukang paip.
 
Seorang lagi pembeli, Ting Su Ung, 39, pula telah menyelesaikan kesemua bayaran 
rumah yang berharga RM50,000 itu, namun hampa apabila masih belum boleh 
diduduki.
 
“Saya sudah tidak boleh bersabar lagi kerana projek perumahan yang mempunyai 10 
blok ini dijangka siap awal 2007.
 
“Selepas 2007, blok saya iaitu blok 10 telah siap dan pemaju telah menyerahkan 
kunci dan sijil menduduki (CF) tetapi malangnya bekalan air dan elektrik tidak 
ada,” katanya yang merupakan seorang guru taman didikan kanak-kanak.
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1017&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm
 
 
Beberapa projek perumahan terbengkalai di Johor di bawah ini : 
 
Taman Desa Kempas, Johor Bahru
http://terbengkalai.blogspot.com/2011/07/projek-perumahan-yang-tidak-lengkap.html
 
http://terbengkalai.blogspot.com/2011/02/pembeli-rumah-derita-10-tahun.html 
 
Bandar Putera Indah, Fasa 2, Batu Pahat 
http://terbengkalai.blogspot.com/2011/07/projek-perumahan-terbengkalai-selama-11.html
 
 
Taman Mount Austin, Johor Bahru
http://terbengkalai.blogspot.com/2011/07/rumah-terbengkalai-di-taman-mount.html

Kirim email ke