Nampaknya kaunter LHDN seluruh negara akan diserbu pada 1 Disember 2011 kerana 
3.4 juta rakyat akan berebut-rebut untuk dapatkan RM500. Antaranya mereka 
terdiri dari pengutip sampah, pemanjat petai, penganggur, mereka yang muflis, 
nelayan, warga emas yang lumpuh, penjawat awam dan sekelian rakyat jelata.
 
RM500 siapa tak nak. Dah janji nak beri, pastikan semua 3.4 juta rakyat ini 
dapat. Kalau 3.4 juta perlu didaftar dalam masa sebulan , bermakna sehari perlu 
daftar sekitar 110,000 orang. Nampaknya semua cuti kakitangan LHDN akan 
dibekukan bermula 1 Disember 2011 nanti, dan semua kaunter LHDN akan dibuka 24 
jam, 7 hari seminggu.
 
Jangan pula nak beri RM500 ini jadi macam Program Kupon Beras untuk keluarga 
miskin pada tahun 2009 yang akhirnya tak jadi seperti laporan berikut 
http://amkns.blogspot.com/2009/10/orang-mati-pun-layak-dapat-kupon-beras.html 
 
Pendaftaran Isi Rumah Bawah RM3,000, Dis Ini 
October 20, 2011 
 
KANGAR  – Pendaftaran isi rumah yang berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 
bagi melayakkan mereka menerima bantuan RM500 melalui Lembaga Hasil Dalam 
Negeri (LHDN), dijadualkan bermula Disember ini.
 
Pengerusi LHDN Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata, buat masa ini 
Kementerian Kewangan serta agensi kerajaan berkaitan sedang memuktamadkan 
mekanisme terbaik bagi pendaftaran dan pelaksanaan bantuan itu.
 
“LHDN perlu memastikan segala keperluan sistem, peralatan dan tenaga kerja yang 
mencukupi disiapkan selewatnya pertengahan November ini bagi membolehkan 
pendaftaran bermula pada Disember,” katanya kepada media selepas perasmian 
Wisma Hasil Kangar, di sini hari ini.
 
Wan Abdul Aziz berkata, sebanyak 3.4 juta isi rumah dijangka didaftarkan dan 
mereka dijadual menerima bantuan tersebut yang membabitkan peruntukan RM1.8 
bilion bermula Januari depan. – BERNAMA
 
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=621191 

Kirim email ke