Kalau Najib seorang Perdana Menteri yang berani, cuba buat lawatan mengejut, jangan beritahu Menteri Pengangkutan dan jangan ada acara rasmi. Bawa 4-5 orang bodyguard cukup. Rasa sendiri betapa peritnya rakyat anda menaiki keretapi di Malaysia ini. Macamana nak galakkan rakyat naik perkhidmatan awam untuk kurangkan kesesakan lalu lintas, jika mutunya semakin teruk. Minta Y.A.B Perdana Menteri turun padang ke Komuter KTMB Aduan Rakyat October 21st, 2011 Saya memohon Y.A.B Perdana Menteri sudi turun padang menjengok dan menilai kesulitan & kesusahan pengguna Komuter KTMB di KL Sentral terutama Laluan Batu Caves – Pel. Klang kerana: Perkhidmatan Komuter semakin teruk , tidak cukop komuter, hari -hari rosak, tiada aircon , bersesak-sesak waktu puncak ( 6.30am -9.00am) & (4.00pm -7.00pm) , tidak menepati waktu…selalu tertangguh 30min -1 jam. Pengurusan KTMB yang tidak komited & tidak prihatin setiap aduan pengguna & tiada tindakan untuk membaiki servis Komuter terutama laluan Pel.Klang -Batu Caves banyak tertangguh, lembab, kepanasan akibat kesesakan & sistem aircon tidak berfungsi. Sudah berminggu ketibaan Komuter jam 6.30am , 7.00am dibatalkan di Stesen Klang menyebabkan pengguna tiba lewat ke pejabat, bersesak -sesak dan berpeloh untuk kepejabat waktu puncak pagi. Sudah berminggu ketibaan Komuter jam 4.30pm, 5.00pm, 5.30pm, 6.15pm dibatalkan di Stesen Bank Negara menyebabkan pengguna tiba lewat ke rumah, bersesak -sesak dan berpeloh untuk balik ke rumah. Alasan pengurusan KTMB paling mudah..adalah kekurangan komuter sebab rosak dan tiada spare-part tidak boleh diterima akal dan tidak profesional untuk mengurus pengangkutan awam yang diamanahkan oleh Kerajaan Malaysia untuk rakyat. ” RAKYAT DIDAHULUKAN….” By: mat jebat http://www.aduanrakyat.com.my/minta-y-a-b-perdana-menteri-turun-padang-ke-komuter-ktmb

