Pada 15 Oktober 2011 yang lalu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin 
Yassin telah mengadakan lawatan rasmi ke Negeri Sembilan. Salah satu tempat 
yang dilawatinya ialah Pasar Ampangan di Ampangan, Seremban. Hampir setiap 
minggu saya dan isteri mengunjungi Pasar Ampangan ini kerana terdapat pelbagai 
jenis makanan basah dan kering. Dan salah satu penyeri Pasar Ampangan ini ialah 
para peniaga yang menjual pelbagai juadah untuk sarapan di perkarangan luar 
pasar ini.

Sehari selepas kunjungan TPM ke Pasar Ampangan, saya membeli belah di pasar 
tersebut. Para peniaga merungut mengenai kedatangan TPM. Mereka bukan merungut 
kepada TPM, tetapi mereka merungut kepada penganjur. Penganjur telah menutup 
banyak jalan masuk ke pasar pada pagi tersebut, menyebabkan kurang pembeli 
datang pada hari tersebut, lalu perniagaan mereka merosot.

Memang mereka hargai kunjungan TPM, tetapi pengiring-pengiring serta juak-juak 
yang terlalu ramai yang mengiringi TPM menyebabkan ramai pembeli pada hari 
tersebut beralih arah. 

Yang kedua ialah mengenai pengumuman TPM peruntukan RM500,000 untuk menaik 
taraf Pasar Ampangan. Semalam saya berjumpa para peniaga makanan di perkarangan 
pasar tersebut. Salah seorangnya saya kenali sudah lebih 10 tahun. Dari dulu 
dia berniaga sehinggalah sekarang, hanyalah menggunakan meja buruk dan payung.

Saya kata lepas selepas pengumuman TPM, mungkin kawasan para peniaga ini akan 
ada gerai tetap, bersimen dan berbumbung. Para peniaga tadi kata elok apa, 
mereka akan naik taraf Pasar Ampangan menjadi bangunan 2 tingkat. Para peniaga 
makanan akan berniaga di tingkat 2.

Tergamam dan terkedu saya mendengar apa yang dikatakan peniaga tadi. Betul ke 
Pasar Ampangan akan dibuat 2 tingkat. Sudah berapa banyak premis perniagaan 
yang 2 tingkat yang tak laku di bandar ini, yang amat menjejaskan pendapatan 
para peniaga yang rata-ratanya orang Melayu.

Tengok saja yang dekat dengan Pasar Ampangan, iaitu Plaza UDA Ampangan. Kalau 
tiada Pasaraya Giant di Plaza UDA, tiadalah penyeri plaza tersebut. Itu pun 
yang meriah hanya di tingkat bawah. Begitu juga dengan Plaza MARA Seremban dan 
Bazaar MAINS di tengah kesesakan bandar Seremban.

Apakah penaiktarafan Pasar Ampangan ini hanya akan memberi keuntungan kepada 
sesetengah pihak sahaja terutama pihak kontraktor? Apakah tingkat 2 Pasar 
Ampangan nanti akan lesu seperti Plaza Ampangan dan Bazaar MAINS? Apakah para 
peniaga sedia ada akan berniaga di tepi-tepi jalan seperti biasa selepas Pasar 
Ampangan dinaiktaraf?

Artikel saya sebelum ini mengenai kelesuan Plaza UDA Ampangan, Plaza MARA 
Seremban dan Bazaar MAINS di 
http://waghih.blogspot.com/2008/10/faktor-bazaar-mains-kurang-pengunjung.html 

Peniaga, penduduk gembira

SEREMBAN – Peniaga dan penduduk di sekitar daerah Seremban melahirkan rasa 
gembira dengan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin 
yang meluluskan peruntukan mencecah RM10.5 juta bagi menaik taraf dan membina 
kemudahan awam termasuk menyelenggara beberapa rumah pangsa.

Kelmarin, sempena lawatan Muhyiddin ke Negeri Sembilan, beliau meluluskan 
peruntukan berjumlah RM10.5 juta yang meliputi RM4 juta bagi menaik taraf Gerai 
Penjaja Ampangan, RM500,000 untuk menaik taraf Pasar Ampangan, RM950,000 bagi 
menyelenggara Rumah Pangsa Ampangan, RM3 juta bagi penyelenggaraan Rumah Pangsa 
Senawang 2 Taman Seri Mawar, Rasah dan RM2 juta bagi pembinaan Dewan Orang 
Ramai di Flat Seroja, Taman Tasik Jaya, Paroi.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1017&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke