Beginilah undang-undang di Malaysia. Lewat bayar hutang RM150 saja, mahkamah 
arahkan orang Melayu ini dipenjarakan. Geram betul baca berita di bawah ini. 
Melayu bernama Suradi ni bukan kaki rasuah, bukan kaki betina, bukan perompak, 
bukannya murtad. Beliau ditimpa kemalangan menyebabkan beliau terpaksa menjual 
kereta, tetapi ditipu. Namun beliau tetap berusaha membayar hutang, isteri 
beliau juga bekerja, berlapar untuk membantu suami. Tapi mahkamah Kerajaan BN 
Malaysia tetap memenjarakan beliau. GERAM, GERAM, GERAM, MARAH, MARAH, MARAH 
!!! 
 
Agak-agaknya orang susah macam Suradi ni dan beribu-ribu lain yang muflis macam 
Suradi ni layak tak dapat RM500 yang Najib umumkan dalam Bajet 2012. Orang 
Muflis boleh ke ada akaun bank, boleh dapat bantuan kerajaan? Ke Pendatang 
Asing diutamakan !!!
 
RAYU BEBAS SUAMI MUFLIS DARI PENJARA
Berita Harian 17 Okt 2011 
    
KUALA LUMPUR: Suri rumah Rosnah Mohd Sailan, 43, kini terpaksa menyara tiga 
anak yang masih bersekolah selepas suaminya, Suradi Daruis, 43, dipenjarakan 
sebulan kerana melanggar perintah mahkamah membayar RM100 sebulan selepas 
beliau diisytiharkan muflis gagal membayar ansuran bulanan kereta yang dijual 
kepada pihak ketiga. 
 
Wanita dari Kg Bukit Naga, Bukit Kemuning, Shah Alam itu bimbang suaminya akan 
dibuang kerja, sekali gus menyebabkan masa depan mereka sekeluarga tidak 
terjamin selain suaminya mungkin gagal mendapat kerja baru kerana statusnya 
bekas banduan dan muflis. “Saya merayu mahkamah bebaskan suami saya, kalau saya 
tahu begini jadinya kami sekeluarga rela tidak makan untuk bayar semua 
tunggakan itu,” katanya kepada Berita Harian, ketika ditemui di rumahnya di 
Shah Alam, semalam.
 
Rosnah berkata, suaminya kemalangan pada 1997 dihempap besi satu tan 
menyebabkan sebelah kaki remuk dan tidak bekerja selama setahun sekali gus 
memaksa menjual kereta Proton Saga miliknya kepada kenalan adiknya yang gagal 
membayar ansuran bulanan kenderaan itu. 
 
Sehubungan itu katanya, bank terbabit menarik dan melelong kereta itu selain 
suaminya diisytiharkan muflis kerana gagal membayar ansuran kereta itu dan 
beliau (pemilik) serta Suradi (penjamin) diperintah membayar RM30,000 dan 
RM34,000 kepada pihak bank.
 
Rosnah berkata, beliau mengambil upah RM300 sebulan dengan mengasuh anak 
jirannya bagi menampung pendapatan suaminya RM1,200 sebulan bagi membiayai 
keperluan anak mereka yang berumur antara 12 dan 17 tahun.
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rayubebassuamimuflisdaripenjara/Article/index_html
 
 
SUDAH DIISYTIHAR MUFLIS, DIPENJARA PULA SEBULAN
Berita Harian 24 Okt 2011 
 
SURADI Darius, berusia 43 tahun diisytiharkan bankrap pada 2004 akibat 
kegagalan melangsaikan hutang pinjaman kereta. Suradi diarahkan Pejabat 
Insolvensi Malaysia untuk membayar ansuran RM50 sebulan sehingga penyelesaian 
penuh hutang selari dengan perintah mahkamah bertarikh 4 Mac 2005. 
 
Isteri Suradi, Rosnah Mohd @ Sailan sebagai penjamin juga diisytihar bankrap. 
Suradi terpaksa membayar hutang isterinya RM50 sebulan menjadikan ansuran 
bulanannya ialah RM100. 
 
Suradi tidak mempertikaikan keputusan mahkamah pada 27 September lalu kerana 
berdasarkan undang-undang. Namun, adalah keterlaluan dan tidak setimpal jika 
beliau dipenjarakan sebulan hanya kerana gagal membayar baki RM150. 
 
Jika Suradi hidup mewah dan enggan mematuhi perintah mahkamah, wajar tindakan 
memenjarakannya dilaksanakan. Kes Suradi ialah yang pertama di Malaysia dengan 
tindakan memenjarakan si bankrap dilaksanakan sejajar dengan lunas 
undang-undang. Namun, persoalannya, adakah wajar dan patut beliau dipenjarakan 
sebulan? 
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sudahdiisytiharmuflis_dipenjarapulasebulan/Article
 
 
1,086 PENJAWAT AWAM MUFLIS
Berita Harian 3 Mac 2011 
 
Kakitangan diisytihar bankrap tak boleh terima pencen, ganjaran 
 
PUTRAJAYA: Jabatan Insolvensi Malaysia merekodkan 1,086 penjawat awam 
diisytiharkan muflis pada 2009 dan 72.74 peratus atau 790 adalah lelaki. 
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata 
masalah itu perlu diatasi segera kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan 
prestasi mereka sehingga memaksa tindakan tatatertib dikenakan terhadap 
kakitangan terbabit. “Penjawat awam nadi penggerak dalam memastikan hasrat 
kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi 
dan maju menjelang 2020 dapat dicapai. 
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/1_086penjawatawammuflis/Article/ 
 
41 BELIA MUFLIS SETIAP HARI GAGAL URUS KEWANGAN
Utusan Malaysia 12 Okt 2011 
 
KUALA LUMPUR 11 Okt. - Seramai 41 belia Malaysia berumur lingkungan 21 hingga 
40 tahun dianggarkan menjadi muflis setiap hari akibat kurangnya pengetahuan 
berkaitan pengurusan kewangan.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1012&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive
 

Kirim email ke