Pagi tadi nak keluar rumah, saya dapati penutup longkang depan rumah saya kena 
curi. Yang pasti ianya berlaku malam atau subuh tadi. Syukur yang dicuri ditepi 
rumah, bukan laluan kereta, dan syukur tiada kecederaan. Ini bukan kes 
terpencil, sudah menjadi lumrah dan fenomena biasa di Malaysia ketika ini.

Ibu dan isteri kita tidak selamat berada di halaman rumah pada waktu pagi 
ketika ramai pergi kerja, sudah banyak kes pemuda bermotosikal akan datang 
berpura-pura tanya jalan, tanya rumah untuk di sewa akhirnya menjadi mangsa 
samun, mangsa rompak, mangsa ragut.

Kita boleh mengambil langkah pencegahan, berjaga-jaga, mengadakan Skim Rondaan, 
Rukun Tetangga. Tetapi seolah-olah tiada kesudahan. Seolah-olah negara kita 
macam negara anarki, negara vandalisma, negara tidak bertamadun. 

Sebagai orang Islam, jalan terawal, terakhir, dulu, kini dan selamanya ialah 
berdoa, mohon perlindungan dari Allah. Buat semua yang Allah suruh, tinggalkan 
semua yang Allah larang.

Untuk kes penutup longkang yang sering hilang ini, tadi saya minta tolong 
sahabat buatkan penutup longkang yang diskrukan ke tanah menggunakan “floor 
plug, bolt and nut”.  Juga memberitahu kepada jiran-jiran dan anggota SRS juga 
KRT. 

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 

BUDAK TERJUNAM DALAM LONGKANG
Harian Metro 27 Okt 2011

KUALA LUMPUR: Gara-gara besi penutup dicuri, seorang murid tahun enam nyaris 
maut terjunam dalam longkang sedalam empat meter berhampiran pusat beli-belah 
terkemuka di ibu negara, kelmarin.

Berikutan kejadian itu, mangsa, Lim Zhi Ying, 12, patah lutut kiri, luka 
belakang badan dan tangan kiri akibat terjatuh ke dalam longkang berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa bernasib baik dan tidak mengalami kecederaan parah 
berikutan hujan dan air melimpah longkang sedalam kira-kira dua meter.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa pelajar sebuah sekolah rendah di 
Johor Bahru, Johor bersama 117 pelajar lain mengikuti lawatan sambil belajar 
selama empat hari ke beberapa negeri.

“Sebelum kejadian, bas yang saya naiki bersama rakan lain berhenti di tempat 
meletak bas sebuah pusat beli-belah dan turun bersama rakan lain untuk beratur 
dan masuk ke dalam pusat beli-belah berkenaan untuk lawatan.

“Malangnya, sebaik turun dari bas dan melangkah ke tempat berkumpul, saya tidak 
menyedari longkang berkenaan tidak berpenutup lalu terjatuh,” katanya.

Menurutnya, kejadian disedari guru pengiring dan beberapa rakan sebaik 
mendengar jeritan dan dentuman kuat.

“Saya hanya mampu menangis dan menahan kesakitan sebelum dibantu guru yang 
mendapatkan tangga untuk saya berpaut sebelum dibawa naik,” katanya.

Mangsa kemudian dibawa ke sebuah hospital swasta berhampiran untuk rawatan dan 
keadaannya dilaporkan tidak serius sebelum dibenarkan pulang.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Budakterjunamdalamlongkang/Article/index_html
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke