Berita di bawah, seorang remaja perempuan 14 tahun dari tanah rancangan Felda 
di Kulaijaya, Johor menggantung diri. Dan di bawah pula, saudara baru kita 
terjun dari bangunan tinggi. Umat Islam , orang Melayu di Malaysia ini makin 
parah. 27 peratus pelajar di Malaysia sakit mental. Tetapi amat malang kita 
dilekakan oleh media saban hari dengan isu-isu lain, sedangkan isu berat di 
sekeliling kita, kita lupa.

Hidup Di Dunia Hanya Sementara, Hidup Di Akhirat , Kekal Sampai Bila-Bila

Adakah ianya berpunca dari 12 juta orang Melayu yang setiap hari meruntuhkan 
agama Islam itu sendiri seperti yang saya tulis sebelum ini di 
http://waghih.blogspot.com/2011/10/12-juta-melayu-meruntuhkan-agama-islam.html 

Atau berpunca dari masjid-masjid yang mati di Malaysia seperti yang saya tulis 
sebelum ini di 
http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html 

Sila baca artikel saya sebelum ini 11.3 peratus atau 3.3 juta rakyat Malaysia 
sakit mental dengan 50,000 kes cuba bunuh diri setahun di 
http://waghih.blogspot.com/2011/09/1-setiap-5-pelajar-sakit-mental.html 

Juga artikel 27 peratus pelajar di Malaysia Sakit Mental, apa tindakan kita? Di 
http://waghih.blogspot.com/2011/10/27-peratus-pelajar-di-malaysia-sakit.html 

TERTEKAN TERJUN BANGUNAN
Harian Metro 29 Okt 2011 

KAJANG: “Saya terlalu tertekan sehingga tanpa berfikir panjang mengambil 
keputusan terjun dari sebuah bangunan,” kata seorang muallaf yang kini lumpuh 
separuh badan selepas mengalami kecederaan tulang belakang akibat jatuh dari 
tingkat lima sebuah bangunan di Klang, September lalu.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Yusuf, 42, berkata, dia mengambil tindakan 
melulu itu kerana tidak tahan dengan tekanan keluarga selepas memeluk Islam 
kira-kira dua tahun lalu. 

“Hari itu, saya bergaduh besar dengan keluarga ibu mentua, saya tidak boleh 
berfikir dengan betul dan kebetulan nampak sebuah bangunan berhampiran. Saya 
naik ke tingkat lima dan terjun,” katanya yang kini ditempatkan di Pusat Jagaan 
Siti Nor Aini, di sini. 

Dalam kejadian 12 September lalu, Yusuf yang cedera parah dihantar ke hospital 
sebelum dibawa ke Pusat Jagaan Siti Nor Aini kerana tidak ada waris mahu 
menjaganya. 

Naib Pengerusi Pusat Jagaan Siti Nor Aini, Dr Abdullah Noel Micheal berkata, 
berdasarkan kecederaan dialami Yusuf, dia perlu dijaga sepanjang hayat kerana 
sudah hilang upaya. 

PAKEJ MASALAH RUMIT
Harian Metro 29 Okt 2011 

KUALA LUMPUR: Tindakan menggantung diri yang dilakukan seorang remaja perempuan 
14 tahun di sebuah tanah rancangan Felda di Kulaijaya, Johor, Rabu lalu, tidak 
hanya mencerminkan masalah putus cinta, tetapi menunjukkan pakej masalah rumit 
yang dihadapi.

Ini kerana tindakan nekad itu tidak berbaloi sekiranya dibandingkan dengan 
nilai hubungan ‘cinta monyet’ yang selalu dikaitkan dengan pelajar.

Pakar Motivasi dan Psikologi, Datuk Dr Mohd Fadzillah Kamsah, berkata 
masyarakat umum tidak seharusnya menilai tindakan pelajar terbabit sebagai 
kesan tekanan akibat putus cinta.

“Bila terjadinya kes bunuh diri, masyarakat mudah membuat kesimpulan ia berlaku 
akibat tekanan perasaan dihadapi mangsa.

“Tapi, kita tidak perasan tindakan nekad sebegini mencerminkan pakej bebanan 
masalah paling berat yang mungkin membabitkan keluarga, sekolah dan masyarakat 
sekeliling,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurut Dr Mohd Fadzillah, kejadian menggantung diri itu dipercayai berlaku 
akibat tiada kemahiran mengatasi pada diri mangsa.

“Pelajar ini dipercayai gagal berdepan masalah selain tidak mempunyai tempat 
rujukan untuk bantuan.

“Bayangkan konflik yang berlaku dalam diri seorang remaja...mungkin masalah 
yang ditanggung sukar dibincangkan dengan keluarga, rakan tiada yang memahami, 
sementara guru pula sukar didekati...kalau mengadu di Internet sekalipun, ia 
mungkin dipandang sepi,” katanya.



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke