Pada 26 Okt 2011, penutup longkang depan rumah kami di Taman Alamanda, Senawang 
telah dicuri. Kemudian pada 28 Okt 2011, penutup longkang rumah kakak saya di 
Taman Kobena, Senawang pula kena curi. Tempat lain sekitar Senawang dan 
Seremban pun banyak penutup longkang telah dicuri. Takkanlah nak harap polis 
atau Rukun Tetangga berkawal siang malam untuk jaga penutup longkang.

Sesiapa yang masih ada penutup longkang pasanglah floor plug. Yang terbaik, 
simen terus. 

Fenomena ini seperti tiada kesudahan. Seolah-olah negara kita macam negara 
anarki, negara vandalisma, negara tidak bertamadun.

BUDAK TERJUNAM DALAM LONGKANG
Harian Metro 27 Okt 2011

KUALA LUMPUR: Gara-gara besi penutup dicuri, seorang murid tahun enam nyaris 
maut terjunam dalam longkang sedalam empat meter berhampiran pusat beli-belah 
terkemuka di ibu negara, kelmarin.

Berikutan kejadian itu, mangsa, Lim Zhi Ying, 12, patah lutut kiri, luka 
belakang badan dan tangan kiri akibat terjatuh ke dalam longkang berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa bernasib baik dan tidak mengalami kecederaan parah 
berikutan hujan dan air melimpah longkang sedalam kira-kira dua meter.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa pelajar sebuah sekolah rendah di 
Johor Bahru, Johor bersama 117 pelajar lain mengikuti lawatan sambil belajar 
selama empat hari ke beberapa negeri.

“Sebelum kejadian, bas yang saya naiki bersama rakan lain berhenti di tempat 
meletak bas sebuah pusat beli-belah dan turun bersama rakan lain untuk beratur 
dan masuk ke dalam pusat beli-belah berkenaan untuk lawatan.

“Malangnya, sebaik turun dari bas dan melangkah ke tempat berkumpul, saya tidak 
menyedari longkang berkenaan tidak berpenutup lalu terjatuh,” katanya.

Menurutnya, kejadian disedari guru pengiring dan beberapa rakan sebaik 
mendengar jeritan dan dentuman kuat.

“Saya hanya mampu menangis dan menahan kesakitan sebelum dibantu guru yang 
mendapatkan tangga untuk saya berpaut sebelum dibawa naik,” katanya.

Mangsa kemudian dibawa ke sebuah hospital swasta berhampiran untuk rawatan dan 
keadaannya dilaporkan tidak serius sebelum dibenarkan pulang.





------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke