SEREMBAN, 1 Nov 2011 (Bernama) -- Seorang anggota polis cedera setelah dipercayai tertembak diri sendiri dengan sepucuk pistol di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di Seremban 2 di sini, petang Isnin. Kejadian itu dikatakan berlaku pada kira-kira pukul 3.30 petang ketika anggota berpangkat koperal dari cawangan trafik itu berada seorang diri di situ. Beliau dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untut mendapat rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil. Ketua Polis Negeri Datuk Osman Salleh ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tetapi enggan mengulas. http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=624005 Dalam perkembangan lain , satu laporan pakar mendedahkan polis adalah mereka yang paling ramai mengalami stres di tempat kerja di Malaysia. Kisahnya di http://amkns.blogspot.com/2011/09/polis-paling-ramai-stres-kes-polis.html Beberapa kes polis tertembak diri sendiri sebelum ini pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/11/lagi-kes-polis-tertembak-diri-sendiri.html

