Memang elok ada disediakan laman sesawang yang menyampaikan maklumat dan amaran 
awal kepada orang ramai mengenai banjir di musim hujan sekarang ini. Tapi 
kenapa guna nama "Public InfoBanjir". Nak kata Bahasa Melayu pun tidak, nak 
kata Bahasa Inggeris pun tidak. Kenapa orang Melayu tidak yakin dengan bahasa 
mereka sendiri? 

Macamana nak salahkan bangsa lain, syarikat swasta, papan iklan yang tidak 
menggunakan Bahasa Melayu dengan betul jika jabatan kerajaan sendiri macam 
ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

Semua bahasa penting. Sebagai orang Melayu berbanggalah guna Bahasa Melayu. 
Bahasa Inggeris kita guna untuk cari maklumat. Bahasa Arab untuk faham Al 
Quran. Ini orang Melayu temuramah TV di Malaysia pun nak cakap Bahasa Inggeris.

Rendah sangat ke mutu Bahasa Melayu ni? Ingat , orang Melayu dahulu kala 
teknologi dan persenjataan mereka antara yang terhebat di dunia ketika itu. 
Ketika itu orang Melayu menggunakan Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi. 

Kenapa, tak percaya? Kawan saya pergi melihat artifak Melayu di Rembau , sebuah 
teropong yang didakwa digunakan oleh pelayar Melayu yang hebat, Panglima Awang 
Hitam pada abad ke 15. Teropong tersebut bukan main tolak tarik , macam dalam 
filem lanun. Tapi teropong tersebut dilaraskan secara digital. Kemudian ada 
pula teropong mini yang boleh melihat pada sudut lebih 180 darjah.

Berbanggalah dengan Bahasa Melayu, tapi jangan abaikan Bahasa Inggeris, Bahasa 
Arab dan lain-lain bahasa. 

Kisah teknologi silam Melayu yang hebat di 
http://teknologi-tamadun-melayu.blogspot.com 

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com 

JPS perkenal laman web mudahkan orang ramai akses info banjir 
2011/11/02
MELAKA: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memperkenalkan aplikasi terbaru 
laman web "Public InfoBanjir" bagi menyampaikan maklumat dan amaran awal kepada 
orang ramai ketika berdepan dengan bencana banjir yang dijangka dihadapi pada 
musim tengkujuh ini.  
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JPSperkenallamanwebmudahkanorangramaiaksesinfobanjir/Article
 

Sabtu Oktober 29, 2011 
Perkasa Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu, Kemajuan - Muhyiddin 
KUALA LUMPUR: Rakyat perlu memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan 
kemajuan serta pada masa yang sama mempelajari bahasa asing untuk menguasai 
ilmu yang ada dalam bahasa itu, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin 
Yassin.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/10/29/mstar_berita/20111029124038&sec=mstar_berita
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke