Macamanalah Muhyiddin nak mentadbir negara ni. Sedangkan Kementerian Pelajaran 
pun huru hara sekarang ni. Dengan isu PPSMInya. Dengan isu ribuan bakal guru 
menganggur yang lepasan TESL, KPLI dan UPSI. Apa nak buat, Melayu Mudah Lupa. 
 
Kisah Ramai Bakal Guru Mengamuk kat Muhyiddin di 
http://amkns.blogspot.com/2011/11/ramai-bakal-guru-mengamuk-kat-muhyiddin.html 
Kisah ramai para guru graduan TESL menganggur di 
http://amkns.blogspot.com/2011/10/guru-amerika-diagungkan-guru-malaysia.html 
Kisah ramai para guru graduan KPLI menganggur di 
http://amkns.blogspot.com/2011/10/kerajaan-tak-de-duit-ke-bakal-guru.html 
 
Lepasan TESL dakwa dianaktirikan 
Berita Harian 5 Nov 2011 
 
SAYA terpanggil untuk mengulas pengumuman dibuat Timbalan Menteri Pelajaran, 
Datuk Dr Wee Ka Siong, mengenai penempatan guru Pengajaran Bahasa Inggeris 
Sebagai Bahasa Kedua (TESL) pada tahun depan di saluran televisyen berbayar. 
 
Anak saya bukan pelajar Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) atau Guru 
Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) sebaliknya memasuki bidang pendidikan selepas 
tamat Sijil Pelajaran Malaysia dan menamatkan pengajian enam tahun untuk 
menjadi guru. 
 
Malangnya, beliau dianaktirikan kerana penempatan diberi kepada KPLI dan GSTT 
terlebih dulu dan anak saya terpaksa menunggu giliran untuk ditempatkan di 
sekolah pada tahun depan. 
 
Saya berharap Kementerian Pelajaran dapat menempatkan kumpulan guru TESL pada 
tahun ini juga kerana mereka akan hilang satu tahun perkhidmatan. 
 
Usah jadikan cuti persekolahan satu alasan kerana pernah berlaku sebelum ini, 
ada penempatan pada musim cuti sekolah yang panjang. 
 
Setahu saya, sudah berkali-kali mesyuarat pertukaran guru diadakan dan 
sepatutnya kali ini penempatan guru perlu dibuat dengan segera dan bukannya 
dilewatkan. 
 
Untung pengetahuan pihak berwajib, saya juga seorang guru dan saya juga telah 
ditempatkan di sekolah pada cuti sekolah akhir tahun. 
 
Diharap pihak bertanggungjawab dapat melakukan sesuatu dengan menempatkan 
pelajar TESL pada tahun ini dengan kadar yang segera, demi kepentingan semua 
pihak dan mengelakkan lepasan TESL menjadi penganggur berijazah. 
 
BAPA PRIHATIN, 
Kuala Lumpur.
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LepasanTESLdakwadianaktirikan/Article
 

Kirim email ke