Jumaat lepas 4 Nov 2011 saya menghadiri Kuliah Hadith 40 oleh Ustaz Dato Arshad 
di Surau Taman Alamanda, Senawang. Membicarakan hadith yang ke 13, berkenaan 
kita perlu mengasihi saudara kita. Dalam kupasan buku hadith tersebut dan 
kupasan Dato Arshad, beliau berkata kita perlu mengasihi bukan sahaja saudara 
se Islam, malahan kita perlu mengasihi orang yang bukan Islam juga atau orang 
kafir.

Ini adalah kerana jika orang kafir ini tidak mendapat hidayah Allah, mereka 
akan dimasukkan ke dalam neraka. Kita harus merasa kasihan jika mereka tidak 
mendapat hidayah Allah. Bukankah orang bukan Islam itu merupakan saudara se 
bapa, iaitu Nabi Adam as.

( Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi 
SAW, Baginda bersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia 
mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Riwayat Bukhari 
dan Muslim )

Mutakhir ini kita menghadapi pelbagai isu yang sensitif. Di mana perasaan kasih 
sayang kita dalam menghadapi isu ini?

Mengapa kita kurang cermin diri kita sendiri? Kenapa media tidak banyak 
mencermin peri laku umat Islam khususnya orang Melayu di Malaysia ini?

Bukankah yang ramai meruntuhkan agama Islam itu sendiri adalah orang Melayu 
juga.

Sila baca artikel saya sebelum ini berkenaan 12 juta orang Melayu di Malaysia 
yang setiap hari meruntuhkan agama Islam di 
http://waghih.blogspot.com/2011/10/12-juta-melayu-meruntuhkan-agama-islam.html 

Tangani remaja tidak sembahyang Jumaat
Utusan Malaysia 8 Nov 2011 

SEJAK kebelakangan ini, ramai pihak seolah-olah menutup sebelah mata isu remaja 
ataupun golongan belia yang tidak menunaikan solat Jumaat walhal mereka hanya 
datang melepak dan bersembang dalam kumpulan mereka. 

Lebih mencemarkan pandangan mata, mereka merokok dan berbuat bising seperti 
merempit motor mereka. 

Walaupun perkara ini nampak seperti bukanlah satu perkara besar, akan tetapi 
apakah natijahnya meninggalkan solat Jumaat dan apakah hukumnya jika perkara 
ini tidak diambil tindakan? 

Mereka akan melepak di kawasan letak motor dan pelbagai impak yang boleh 
berlaku ketika itu seperti kecurian motor. Bukan hendak mengata bahawa apa yang 
buruk dituding kepada golongan muda tetapi mereka sendiri yang mencerminkan 
diri mereka dan dilabelkan seperti itu.

Langkah drastik perlu diambil oleh ibu bapa sendiri kerana pendidikan awal 
seseorang bermula dari rumah. Ibu bapa yang mendapati anak mereka tidak 
menunaikan solat Jumaat merekalah yang perlu mengambil tindakan dengan 
menasihati mereka.

Selain itu, perkara ini boleh dibendung oleh golongan kolar putih. 
Penguasa-penguasa dari Pejabat Kadi daerah boleh melaksanakan serbuan atau 
operasi di masjid bagi mengenal pasti dan mengambil tindakan ke atas 
individu-individu yang tidak menunaikan solat Jumaat. 

Pihak masjid juga mengambil inisiatif dengan mengarahkan remaja-remaja terbabit 
untuk masuk ke dalam dewan masjid dan tidak melepak di dalam perkarangan masjid.

Warga kolar biru juga perlu sama-sama membantu menangani gejala tidak sihat 
ini. Pihak polis juga boleh menempatkan anggota polis wanita di masjid-masjid 
bagi mengawasi gejala ini. Anggota Rela juga perlu membantu dan membuat 
rondaan. Pihak polis perlu membuat rondaan ke premis-premis hiburan agar 
remaja-remaja ini tidak bertandang di situ pada waktu sembahyang Jumaat.

Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama bagi menangani masalah kerana ia adalah 
tanggungjawab kita bersama.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_04.htm
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke