Apa sudah jadi ni, Johor patutnya negeri paling selamat, paling kurang kes 
jenayah, tapi polisnya ada banyak kes. Terbaru kes peras ugut pula. Sebelum ini 
kes belasah orang awam. Tolonglah semua rakyat 1Malaysia percaya, Johor negeri 
paling selamat , kerana polisnya cekap, mesra dan betul
 
Laporan Polis belasah orang awam di Johor di 
http://amkns.blogspot.com/2011/10/polis-belasah-orang-awam-di-johor.html 
 
Kisah pegawai Polis jadi pengedar dadah, pegawai SPRM jadi penyamun, anggota 
Tentera jadi perompak yang dilaporkan sebelum ini di 
http://amkns.blogspot.com/2011/09/polis-malaysia-jadi-perompak-pengedar.html 
dan http://amkns.blogspot.com/2011/09/sprm-penyamun-polis-pengedar-dadah.html 
 
Peras Ugut, Tujuh Anggota Polis Johor Ditahan 
 
JOHOR BAHARU, 8 Nov 2011 : Tujuh anggota polis ditahan selepas disyaki terlibat 
dalam satu kes pemerasan di sini dua hari lepas.
 
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kesemua mereka 
ditahan pada 3 pagi di kawasan Plentong di sini oleh sepasukan pegawai dan 
anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Utara yang diketuai ASP Tan 
Yang Siong selepas bertindak dari satu aduan.
 
"Mereka terdiri daripada anggota sekatan jalan raya yang beroperasi di lokasi 
sekatan jalan di kawasan pentadbiran Balai Polis Plentong," katanya dalam satu 
kenyataan di sini, Selasa.
 
Mohd Mokhtar berkata kesemua anggota polis berumur 20 hingga 35 tahun itu kini 
direman semalam empat hari. -BERNAMA
 
http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2011/11/8/mstar_jenayah/20111108121401&sec=mstar_jenayah
 

Kirim email ke