Alangkah bagus perkhidmatan Kaunter Bergerak (Bas Bergerak) untuk kutipan zakat 
seperti di bawah ini diperluaskan untuk perkhidmatan lain terutamanya untuk 
agihan wang zakat atau wang bantuan kepada yang memerlukan seperti Kaunter 
Bergerak Baitul Mal, Kaunter Bergerak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kaunter 
Bergerak Aduan Rakyat dan seterusnya.

Urusan bayar zakat dimudahkan
Kosmo 18 Nov 2011 

KUALA LUMPUR – Orang ramai kini berpeluang untuk membuat pembayaran zakat 
menggunakan sebarang kad kredit berlandaskan konsep syariah di kaunter bergerak 
Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui penyediaan perkhidmatan bayaran zakat 
tanpa wayar atau Zakat@AmIslamic Bank oleh AmIslamic Bank Bhd. (AmIslamic Bank).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif AmIslamic Bank, Datuk Mahdi Murad 
berkata, terminal pembayaran tanpa wayar itu memberikan kemudahan kepada pihak 
LZS membuat pungutan pembayaran zakat di mana-mana lokasi khususnya di kawasan 
tumpuan ramai seperti di pusat beli-belah.

“AmIslamic Bank telah bekerjasama dengan pihak LZS sejak bulan Disember 2002 
dalam usaha untuk memudahkan pembayaran zakat melalui kemudahan perbankan yang 
kami sediakan termasuk juga oleh Kumpulan AmBank.

“Para pelanggan boleh membuat pembayaran zakat melalui perkhidmatan perbankan 
dalam talian AmOnline atau mudah alih AmGenie atau di kaunter cawangan daripada 
akaun simpanan, semasa ataupun kad kredit AmIslamic Bank mengikut kesesuaian 
diri mereka,” katanya pada majlis pelancaran Zakat@AmIslamic Bank di sini 
semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1118&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke