Baru-baru ini, tiba-tiba ada orang beri saya RM1000 , minta saya belanjakan 
untuk kebajikan dan amal jariah. Pening juga kepala fikirkan , saluran mana 
yang terbaik untuk dimanafaatkan sepenuhnya RM1000 ini. Kalau beri RM100 pada 
seorang pelajar, tak kiralah ibu bapa pelajar tadi gaji RM1000 ke, RM10,000 ke, 
RM100,000 ke sebulan, baru 10 pelajar yang dapat.

Itu pun tak tentu lagi pelajar tadi beri emak ayahnya untuk beli baju sekolah 
atau bayar yuran PIBG yang mungkin lebih RM100. Silap-silap ada yang pergi kafe 
siber, beli rokok, tengok wayang, beli top up dan sebagainya.

Fikir punya fikir punya fikir, sebab tak nak pegang duit orang lama-lama, kalau 
ikut Nabi SAW, dengar cerita baginda tak akan balik rumah selagi duit yang 
orang sedekahkan tidak habis diberikan kepada orang yang memerlukan (kalau 
silap tolong betulkan ya). 

Jadi saya telefonlah kawan saya seorang ni, yang selalu agihkan bantuan makanan 
kepada keluarga yang memerlukan. Tanya ada nak beras tak. Dia kata stok memang 
dah habis, lalu dia kata tambahlah beberapa bahan makanan lain.

Lalu saya pun pergilah ke sebuah kedai runcit yang terletak tidak jauh dari 
pejabat kawan saya tadi. Buat kira-kira dengan taukeh kedai, kalau satu 
keluarga saya peruntukkan beras sekampit, gula, kicap, minyak, tepung dan 2 tin 
susu, dapatlah buat 34 bungkusan. Bermakna dapat memberi makanan asas kepada 34 
keluarga yang memerlukan.

Lepas tu saya minta taukeh kedai tadi beri barang yang berkualiti, tak mahu 
yang kualiti generik macam …. (faham-fahamlah sendiri).

Taukeh kedai tadi tanya bila nak hantar barang ni. Saya kata, hubungi sahabat 
saya bila dia perlukan barang ni, agar tidak penuh pula pejabat dia. Saya pun 
bayarlah, jumlah semuanya RM1003.

Alhamdulillah, Fuh, bukan main lega, lepas tanggungjawab saya. 

Saya harapkan dan doakan agar Allah menerima hajat kawan saya tadi dan hajat 
orang yang memberikan RM1000.

Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan tetapi tidak tahu caranya, atau 
tidak kenal siapa keluarga yang susah sekeliling kita, cubalah tanya tok-tok 
imam dan mereka yang sewaktu dengannya.

Kepada yang memberikan saya RM1000 tadi, resitnya ada di 
http://waghih.blogspot.com/2011/11/rm1000-boleh-bantu-34-keluarga-yang.html 

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke