Statistik kematian akibat petir di Malaysia pada ketika ini amat menggusarkan. 
Dalam tempoh seminggu pada penghujung November 2011 dan awal Disember 2011 
sahaja 3 orang maut akibat panahan petir. Malaysia adalah antara negara 
tertinggi di dunia yang menerima ancaman petir. Namun kesedaran orang ramai 
terhadap bahaya petir di Malaysia adalah amat rendah.

Koleksi berita kematian dan kejadian petir di Malaysia serta tip langkah 
keselamatan boleh didapati di blog http://kilatmalaysia.blogspot.com 

Buruh maut dipanah petir
5 Dis 2011 

REMBAU – “Saya tak pernah dengar bunyi petir sekuat itu sebelum nampak beberapa 
buruh bergegas ke atas jejantas berkenaan,” kata Arfan Azman, 11, ketika 
melihat detik cemas seorang buruh warga asing dipanah petir, semalam.
 
Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, seorang buruh warga asing bagi 
kerja-kerja membina jejantas berhampiran landasan keretapi berkembar di Kampung 
Ara, dekat sini, maut dipercayai akibat dipanah petir.
 
Mangsa, Munir Husin, 30-an, warga Bangladesh dipercayai sedang berada seorang 
diri di bahagian atas, sementara beberapa lagi buruh lain berada di bahagian 
bawah jejantas.
 
Menurut Arfan, ketika kejadian, hujan belum reda dan dia sedang berada di luar 
rumah sebelum tiba-tiba petir menyambar dengan begitu kuat dan terdengar 
dentuman dari jejantas di hadapannya.
 
“Bunyi sangat menakutkan. Sejurus selepas itu, saya nampak pekerja di lokasi 
berkenaan bergegas naik ke atas jejantas itu dan mereka beritahu ada yang mati 
dipanah petir.
 
“Saya cepat-cepat memanggil ayah saya yang ketika itu berada di belakang 
rumah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian, semalam.
 
Sementara itu, kenalan mangsa dikenali sebagai Yasirdin berkata, ketika 
kejadian, dia berada di bahagian bawah jejantas dan mengesyaki sesuatu berlaku 
pada mangsa selepas topi yang dipakai mangsa jatuh ke bawah.
 
“Kami cepat-cepat naik ke sebelah atas jejantas dan mendapati mangsa sudahpun 
meninggal dunia,” katanya yang baru sahaja dua bulan ditempatkan untuk bekerja 
di lokasi berkenaan bersama mangsa.
 
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom 
berkata, polis sudah menerima maklumat mengenai kes berkenaan. 
 
 “Siasatan awal mendapati mangsa mati akibat dipanah petir. Kita 
mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa di hantar 
ke HT untuk proses bedah siasat.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/buruh-maut-dipanah-petir-1.9987 
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke