Beginilah nasib penduduk di Pahang, negeri pemimpin pejuang bangsa Melayu yang 
tersohor seantero dunia dengan sokongan kuat Pekida. Sampaikan ada rakyat yang 
rumah mereka akan dirobohkan, minta rumah PPRT tak lulus-lulus. Sampai ada 
rakyat bergadai nyawa menggunakan jambatan yang hampir roboh. Hidup Pengundi 
Tegar di Pahang !
 
Koleksi artikel-artikel serta laporan-laporan akhbar betapa terbelanya rakyat 
Pahang di 
http://amkns.blogspot.com/2011/11/jeti-di-pahang-semakin-uzur-malu-kat.html 
 
Rumah empat keluarga miskin bakal diroboh
 
KUALA LIPIS 5 Dis. 2011 - Kerajaan negeri diminta campur tangan dalam 
menempatkan empat keluarga yang tinggal di pesisiran Sungai Lipis, berikutan 
kediaman mereka akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek perumahan 
baharu.
 
Empat keluarga terdiri daripada Melayu dan India yang tinggal di situ, telah 
menduduki tanah milik seorang pengusaha tempatan sejak 13 tahun lalu.
 
Selain itu, mereka juga kesal kerana sudah beberapa kali memohon rumah Projek 
Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) tetapi tidak diendahkan oleh pihak berwajib.
 
Seorang penduduk, Ahmad Khalizam Mohamad, 53, berkata, fikirannya buntu apabila 
pemilik tanah berkenaan memberi tempoh singkat supaya mereka berpindah segera.
 
"Ke mana lagi saya dan empat ahli keluarga lain hendak menetap, lantaran kami 
tidak mempunyai tapak rumah serta wang untuk membina penghidupan di tempat lain.
 
"Saya kerap kali mengajukan masalah ini dan memohon rumah di bawah PPRT 
menerusi wakil rakyat di sini dan pihak tertentu, malangnya tidak ada jawapan 
sehingga kini," katanya kepada pemberita di sini, baru-baru ini.
 
Menurutnya, pemilik tanah tersebut yang cuma memiliki kelulusan berstatus Tanah 
Pemilikan Sementara (TOL) mengarahkannya bersama tiga keluarga yang tinggal di 
situ keluar segera dari kawasan berkenaan.
 
"Alasan yang diberikan oleh pemilik tanah ini, iaitu merobohkan segera rumah 
kayu yang sedia ada bagi dimajukan projek perumahan baharu," ujarnya.
 
Isterinya, Sharipah Ismail, 48, berkata, mereka tidak mampu menyewa rumah di 
bandar itu kerana kadarnya mahal.
 
"Pendapatan saya yang bekerja sebagai tukang sapu di sebuah agensi kerajaan, 
mana mampu menyewa rumah di bandar ini, malahan belanja dapur dan persekolahan 
juga kian terhimpit," katanya.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_05.htm
 
 
Jambatan perangkap maut
2011/12/06
 
KUANTAN: Sebuah jambatan kayu di Kampung Kurnia di sini, tidak ubah seperti 
perangkap maut apabila hanya menunggu mangsa untuk roboh, sekali gus mengundang 
bahaya kepada pengguna terutama kanak-kanak. 
 
Difahamkan, jambatan sepanjang kira-kira tiga meter melintasi tali air itu 
dahulunya menjadi laluan utama penduduk kampung termasuk pelajar Sekolah Rendah 
Agama Al-Irsyad, namun terbiar usang sejak beberapa jambatan baru dibina. 
 
Bagaimanapun, dikatakan masih ada penduduk yang menggunakan jambatan berkenaan 
sebagai jalan pintas termasuk pelajar sekolah yang berbasikal dan berjalan kaki 
walaupun menyedari keadaan jambatan berkenaan berisiko untuk digunakan. 
 
Seorang penduduk, Saidi Ismail, 45, berkata ada tiga jambatan utama yang dibina 
di kampung berkenaan untuk melintasi tali air, namun dua daripadanya kurang 
selamat untuk digunakan berikutan kerosakan teruk serta tiada penghadang. 
 
Katanya, satu daripadanya adalah jambatan lama yang dibina daripada kayu, namun 
ia sudah lama dibiarkan rosak dan hampir roboh serta tidak lagi selamat untuk 
digunakan. 
 
Beliau berkata, meskipun hanya segelintir penduduk yang masih menggunakan 
jambatan kayu itu, ia tetap dikhuatiri akan membahayakan pengguna dan langkah 
membaiki atau merobohkannya perlu dilakukan segera sebelum ada yang menjadi 
mangsa. 
 
“Jambatan itu tidak sepatutnya dibiarkan dalam keadaan begitu kerana ia boleh 
mengancam keselamatan orang ramai dan selagi ia wujud di situ, selagi itulah 
masih ada orang yang akan menggunakannya. 
 
“Lebih baik ia dirobohkan terus jika tidak mahu membaikinya kerana langkah itu 
boleh mengelak penduduk terutama kanak-kanak daripada terus menggunakan 
jambatan uzur berkenaan,” katanya ketika ditemui di kampung berkenaan, 
baru-baru ini. 
 
Seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Khairul, 29, 
berkata sebuah lagi jambatan konkrit di kampung terbabit yang dibina tanpa besi 
penghadang di kiri dan kanannya turut menimbulkan keresahan penduduk. 
 
Katanya, langkah menggantikan jambatan lama dengan jambatan konkrit beberapa 
tahun lalu menggembirakan penduduk di sini, namun mereka kecewa apabila ia 
tidak dibina dengan sempurna iaitu tanpa besi penghadang. 
 
“Keadaan ini membahayakan pengguna, malah pernah ada kereta tergelincir 
sehingga tayarnya tersangkut sebelum dibantu penduduk berhampiran mengangkatnya 
beramai-ramai,” katanya.
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jambatanperangkapmaut/Article 

Kirim email ke