Konon nak beri RM500 kepada rakyat yang berpendapatan RM3000 ke bawah untuk 
membantu mereka, tapi kini menyusahkan mereka pula, perlu pengesahan JKKK. 
Tempoh pendaftaran hanya sebulan. Larat ke JKKK nak buat pengesahan kalau satu 
kampung semua layak. Lepas tu kalau di bandar, di kawasan perumahan, mana nak 
cari JKKK?  Nak bagi bagi sajalah, tak nak bagi sudah. 
 
Pemimpin Umno ni tahu matematik tak? Bajet 2012 mengatakan dianggarkan RM2.6 
billion diperuntukkan untuk agihan RM500 ni. Bermakna 5.2 juta yang layak dapat 
bantuan ini. Kalau diberi tempoh sebulan untuk daftar bermakna setiap hari 
perlu proses 173,333.333 borang. Dalam sejam kena proses 7,222.222 borang. 
Kalau ada 14 negeri bermakna setiap negeri kena proses 515 borang setiap jam. 
Itu kalau kerja 24 jam, kerja 7 hari seminggu.
 
Larat ke JKKK nak buat pengesahan, larat ke petugas LHDN nak proses permohonan? 
 
Di Malaysia ada 576 DUN, kalau borang ni pula perlu pengesahan ADUN bermakna 
setiap ADUN perlu sahkan secara purata 9027 borang permohonan, sehari anggaran 
300 borang permohonan. 
 
Bantuan RM500 perlu pengesahan JKKK
Tarikh : December 6, 2011 
 
KANGAR - Pemberian bantuan RM500 kepada setiap keluarga berpendapatan isi rumah 
di bawah RM3,000 dalam Bajet 2012 perlu mendapat pengesahan Jawatankuasa 
Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Dun masing-masing untuk 
melancarkan proses pengagihan.
 
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata, Kerajaan Negeri akan 
mengambil alih urusan memproses borang permohonan bantuan RM500 daripada 
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memastikan tiada keluarga yang 
berkelayakan tercicir.
 
Menurutnya, LHDN masih terlibat secara langsung menguruskan permohonan setiap 
keluarga yang layak tetapi segala urusan termasuk pengisian borang akan 
diuruskan oleh Adun dan JKKK di setiap kawasan.
 
"Bagi melancarkan permohonan keluarga yang layak, Kerajaan Negeri memutuskan 
setiap Dun akan membuka dua lokasi pengurusan borang permohonan yang 
dikendalikan Adun dan penyelaras Dun setiap kawasan. Setiap borang wajib 
mendapat cop JKKK kawasan masing-masing untuk pengesahan.
 
"Urusan agihan RM500 bagi setiap keluarga layak dapat dipercepatkan menerusi 
kaedah ini sekaligus melenyapkan kebimbangan orang ramai untuk berurusan secara 
terus dengan LHDN," katanya kepada media selepas merasmikan menyampaikan 
sumbangan dana  perniagaan kepada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) 
Perlis di Dewan Warisan di sini semalam.
 
Md Isa berkata, semua lokasi memproses borang permohonan akan dibuka dalam masa 
terdekat dan agihan RM500 itu bermula 1 Januari ini.
 
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/bantuan-rm500-perlu-pengesahan-jkkk-1.10638
 

Kirim email ke