Pelik kadang-kadang saya tengok, golongan professional, terpelajar ada kalanya 
menjadi mangsa penipuan internet melibatkan ratusan ribu dan jutaan ringgit. 
Tidak semua warga Nigeria atau warga Afrika ini yang terlibat dalam skim 
penipuan internet, tapi kesungguhan mereka meyakinkan pengguna internet adalah 
merupakan satu sikap yang perlu dicontohi oleh para pendakwah samada yang 
sukarela apatah lagi dari JAKIM, Majlis Agama dan Jabatan Agama.

Untuk kita umat Islam kita yakin pada Allah, tapi kita tidak dapat meyakinkan 
umat Islam lain untuk membuat pelaburan akhirat. Jarang-jarang kita dengar 
orang derma ratusan ribu untuk masjid, surau, sekolah tahfiz dan anak yatim.

Salah siapa? Salah kita yang tidak dapat meyakinkan umat Islam lain, atau kita 
sendiri pun tidak yakin dengan pelaburan akhirat?

Kalau selepas Perang Badar tawanan perang Badar diberi hukuman untuk mengajar 
ilmu kepada orang Islam. Apa salahnya warga Nigeria dan warga Afrika yang 
ditangkap dalam kes penipuan internet ini memberi kursus kepada para pendakwah 
sukarela lebih-lebih lagi dari JAKIM, Majlis Agama dan Jabatan Agama agar 
mereka bergiat aktif di internet untuk menyakinkan pengguna internet membuat 
pelaburan akhirat.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 

Lelaki Nigeria tipu suri rumah RM315,000

KUALA LUMPUR 8 Dis. 2011 - Polis berjaya menumpaskan satu lagi sindiket 
penipuan cinta siber yang didalangi warga Afrika dengan tertangkapnya enam ahli 
sindiket itu termasuk dua pelajar lelaki dari Nigeria dalam beberapa serbuan di 
sekitar Lembah Klang dan Johor kelmarin.

Aktiviti sindiket itu terbongkar selepas seorang suri rumah dari Melaka yang 
menjadi mangsa tampil membuat laporan polis pada November lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Bukit 
Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, mangsa terjerat dengan sindiket 
itu setelah berkenalan dengan salah seorang daripada anggota kumpulan 
penjenayah itu melalui laman web AsiaDating.com di Internet pada Ogos lalu.

Beliau berkata, dalam perkenalan tersebut, suspek dipercayai warga Nigeria 
telah menyamar kononnya lelaki Inggeris dari Britain dan bekerja sebagai ahli 
kimia dengan syarikat Petronas di negara ini.

"Setelah sebulan berkenalan, suspek mula memerangkap mangsa dengan 
memperdayakan suri rumah itu agar membantunya membayar cukai keuntungan 
kerajaan (GST), levi dan cukai pendapatan konon bagi membolehkannya menyambung 
kontrak bekerja dengan Petronas," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui 
di pejabatnya di Bukit Perdana di sini hari ini.

Syed Ismail berkata, disebabkan percaya dan dijanjikan keuntungan lumayan jika 
menjadi pemegang amanah bagi kontrak itu, mangsa tanpa berfikir panjang 
bersetuju memasukkan wang secara berperingkat melalui akuan milik beberapa 
individu tempatan di negara ini.

Katanya, mangsa hanya menyedari ditipu setelah membuat pembayaran sebanyak 
RM315,000 dalam tempoh tiga bulan berkenalan dan gagal menghubungi suspek 
selepas itu.

"Hasil maklumat mangsa, sepasukan anggota polis dari Bahagian Risikan, JSJK 
Bukit Aman menjalankan siasatan dan berjaya memberkas enam anggota sindiket, 
masing-masing dua wanita dan lelaki tempatan serta dua lelaki Nigeria kelmarin.

"Empat rakyat tempatan ditahan di Seri Petaling dan Sungai Besi di sini serta 
Sungai Mati, Muar, Johor manakala dua lelaki Nigeria dicekup di sebuah 
pangsapuri di Taman Putra Perdana, Puchong dekat sini," katanya.

Dalam serbuan itu, Syed Ismail berkata, polis turut merampas lapan unit telefon 
bimbit, empat keping kad ATM, dua komputer dan sekeping kad kredit dipercayai 
digunakan sindiket untuk memperdayakan mangsa.

Beliau berkata, siasatan mendapati rakyat tempatan terbabit bersekongkol dengan 
dua lelaki Nigeria yang mendaftar sebagai pelajar di Kolej Boston Web dan 
Kampus Teknik Puchong itu dengan membenarkan akaun mereka digunakan.

Katanya, keenam-enam suspek telah dibawa ke Melaka untuk didakwa di mahkamah 
semalam, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1209&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm&arc=hive
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke