Rumah terbengkalai oleh Syarikat Sepadan Tegas Sdn Bhd . 
Aduan Rakyat, 12 Dis 2011 - Saya telah membeli sebuah rumah yang dimajukan oleh 
Syarikat Sepadan Tegas Sdn Bhd pada tahun 2003. Rumah sepatutnya siap pada 
tahun 2005, walaupun demikian ia terbengkalai hingga sekarang.
 
Saya telah membayar pinjaman perumahan melalui pemotongan gaji sejak dari tahun 
2007 hingga sekarang. Pada ketika ini pihak pemaju langsung tidak ada memberi 
maklum balas tentang rancangan penyiapan projek perumahan (Taman Bidara Palma) 
di Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.
 
Sehingga sekarang, saya terpaksa menyewa rumah lain dengan kadar sewa RM300/- 
sebulan, disamping menjelaskan bayaran pinjaman rumah yang belum siap secara 
pinjaman isteri sebanyak RM1094.66/-
 
Saya yang membeli rumah di Lot 592 berharga RM207,387/- dan mengikut perjanjian 
menyatakan siap sepenuhnya pada January 2005. Lebih menyedihkan rumah saya yang 
bermasalah/terbengkalai dengan bahagian bumbung pun tidak serta sebahagian 
besar telah dinaikkan dinding tetapi tidak mengikuti spesifikasi didalam pelan. 
Sampai bila pembeli harus menanti dan terus menanti tanpa penghujungnya.
 
Saya tak tahan dengan keadaan ini apa lagi, kini menanggung 4 anak yang masih 
bersekolah. 
 
Mohon pihak tertentu, dapat memberi perhatian & tindakan yang sewajarnya dengan 
permasalahan Projek Perumahan ini demi Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
 
By: Jakaranda Arahman
 
http://www.aduanrakyat.com.my/rumah-terbengkalai-oleh-syarikat-sepadan-tegas-sdn-bhd-2
  
 
Blog mengenai beberapa projek perumahan terbengkalai di Malaysia di 
http://terbengkalai.blogspot.com 
 
Taman Bidara Palma siap November ini
09/04/2008 Utusan Online 
 
MELAKA 8 April – Projek perumahan Taman Bidara Palma Fasa Dua di Alor Gajah di 
sini, yang terbengkalai sejak 10 tahun lalu akan siap menjelang November depan.
 
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Pembangunan Pekan Kecil dan Pemulihan Projek 
negeri, Datuk Abdul Ghaafar Atan berkata, jaminan itu dinyatakan sendiri oleh 
pemaju yang berjanji akan menyambung semula projek tersebut pada Jun depan.
 
http://hba.org.my/news/2008/04/taman_bidara.htm 
 
PROJEK : Taman Bidara Palma, Alor Gajah
PEMAJU : Sepadan Tegas Sdn Bhd
UNIT BINA : 554
BIL. PEMBELI : 502
TARIKH SEPATUT SIAP : 2002
TARIKH TERBENGKALAI : 16/05/2011
PERATUS SIAP : 65%-75%
 
http://www.kpkt.gov.my/kpkt/fileupload/terbengkalai2011/jul11/Projek_Still_Abandon_15JUL2011.pdf
  

Kirim email ke