22 Dis 2011 - Saya merupakan salah seorang pekerja dalam sebuah syarikat telekomunikasi swasta gergasi berkait kerajaan (TM). Perkara yang amat saya kesali dan marah adalah banyak kes sudah dan masih berlaku terutama di kalangan pekerja swasta yang dihalang atau disusahkan prosedur untuk mendirikan rukun yang menjadi teras dalam agama Islam iaitu solat! Sebelum ini saya hanya mendengar cerita dari mulut rakan-rakan sahaja namun kali ini saya sendiri yang menjadi mangsanya! Jikalau ada majikan atau pegawai atasan yang melepaskan pekerjanya untuk solat pun, ia perlu melalui proses yang sengaja disusah-susahkan seperti menulis / merekodkan nama dan memaklumkan kepada pegawai atasan. Dan jika diberi keizinan pun, kebanyakkan pekerja terpaksa terkejar-kejar masa pendek yang diberikan (5 minit). Lebih malang, di suatu tempat yang bilangan pekerjanya mencapai ratusan orang, terpaksa berhimpit-himpit di ruang solat yang hanya boleh memuatkan maksimum 7-8 orang! Hari ini saya telah ditegur hanya kerana mendirikan Solat Isya’ sekaligus mengambil wudhu’ yang jumlah masa diambil hanyalah tak lebih 7-8 minit! Ini satu pencabulan terhadap hak saya sebagai seorang muslim! Saya amat berharap pihak berwajib mengambil perhatian dan membuat sesuatu terhadap isu ini. Amat malang apabila perkara ini cukup dirumitkan namun pada masa yang sama pekerja bawahan yang satu bangsa dengan orang atasan saya yang suka melepak, bersembang dan kerap merayau-rayu sewaktu bekerja di hadapan beliau langsung tidak diambil tindakan! Dari Pekerja bawahan teraniaya. By: Dzul Dari laman web Aduan Rakyat Online http://www.aduanrakyat.com.my/dilarang-majikan-untuk-menunaikan-solat

