Kenapa orang kita begitu mudah ditipu terutama dalam skim pelaburan dan 
sebagainya hingga sanggup bergolak bergadai tetapi tidak ramai yang ringan 
tangan untuk menghulurkan derma atau sumbangan untuk pembinaan masjid, rumah 
anak yatim, sekolah tahfiz, golongan memerlukan dan sebagainya?

Artikel saya sebelum ini bertajuk : “Pendakwah perlu tiru kesungguhan 
penjenayah warga Nigeria” di 
http://www.waghih.blogspot.com/2011/12/pendakwah-perlu-tiru-kesungguhan.html 

259 warga tua mahu jadi jutawan segera kena tipu 
Berita Harian 24 Di 2011 

SEREMBAN: Seramai 259 warga emas dari beberapa negeri yang mahu bergelar 
jutawan segera, terpedaya lebih RM400,000 dengan skim pelaburan anjuran dua 
lelaki, termasuk seorang mendakwa dirinya ‘Datuk.’ 

Setiap mangsa sanggup mencagarkan tanah kepada bank selepas mendengar taklimat 
suspek berusia 51 dan 47 tahun itu, membayar RM1,600 kepada lelaki berkenaan 
yang kononnya sebagai bayaran menguruskan pinjaman itu. Mangsa berusia dalam 
lingkungan 50-an dan 60-an itu dikatakan tertarik dengan pulangan ‘Skim Dana 
Persisiran Pantai Labuan Kepada Pemilik Tanah Bumiputera' yang didakwa memberi 
pulangan sebanyak RM5 juta dengan setiap pelaburan berjumlah RM1,000. 

Difahamkan, mangsa yang mahukan keuntungan berlipat kali ganda kemudian dipujuk 
supaya membuat pinjaman bank dengan mencagarkan tanah masing-masing dan suspek 
berjanji untuk menguruskan proses berkenaan. 

Mereka kemudian menyerahkan dokumen berkaitan dengan disertai bayaran RM1,600 
setiap seorang kepada suspek melalui orang tengah Mac lalu, sebelum menyedari 
tertipu apabila suspek itu gagal dihubungi. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri 
Sembilan, Superintendan Ramli Mohd Nor, berkata susulan itu, mangsa melantik 
seorang wakil yang kemudian melaporkan perkara itu kepada polis, awal bulan 
lalu. 

“Siasatan awal mendapati, tiada pinjaman bank dipohon bagi pihak mangsa dan 
mereka bernasib baik kerana tanah milik mereka tidak tergadai. 

“Kita percaya, suspek sememangnya mahu menipu wang bayaran itu kononnya untuk 
menguruskan pinjaman berkenaan yang secara keseluruhan berjumlah lebih 
RM400,000,” katanya, semalam. 

Pada masa sama, beliau meminta dua lelaki tampil untuk membantu siasatan kes 
berkenaan. 

Mereka adalah Sabari Mansor, 47, beralamat terakhir di No 3, Jalan Nibong 35, 
Taman Daya, Johor Bahru dan Ibrahim Hashim, 51, di alamat terakhirnya di No 25, 
Jalan Cendrawasih, Taman Paroi Jaya, Seremban. 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/259wargatuamahujadijutawansegerakenatipu/Article
  



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke