Dari laman web Aduan Rakyat Online Korek pasir secara haram - 28 Dis 2011 Kejadian pengorekan pasir dijalankan di dalam kawasan kampung saya beralamat seperti yang di bawah, saya agak sangsi bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Kami bimbang akan keselamatan rumah-rumah kami, kerana kerja penyedutan pasir itu berdekatan dengan rumah kami. Ini boleh menyebabkan tanah mendap dan runtuh sekaligus mengancam keselamatan penduduk kampung. Lebih menghairankan lagi, kerja mengeluarkan pasir itu hanya dijalankan pada waktu 4/5 pagi. Kejadian ini menyebabkan penduduk kampung curiga dengan niat sebenar pengorekan pasir ini. Saya amat berharap bahawa aduan rakyat dapat membawa isu ini ke tengah dan pihak yang berwajib mengambil tindakan yang sepatutnya sebelum kejadian yang tak diingini berlaku. Sekian, terima kasih. Batu 7 3/4 Kg Pantai, Jalan Jelebu, 71770, Seremban, Negeri Sembilan. By: Amir Rosli Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/korek-pasir-secara-haram#more-8478

