Baru-baru ini rombongan PAS DUN Johol, Negeri Sembilan telah berkesempatan 
mengadakan lawatan menziarahi keluarga miskin di Kampung Kepis Hilir (lorong 
Lonek) iaitu sebuah keluarga pasangan suami isteri yang mempunyai 4 orang anak. 
 
Suaminya bekerja kampung, mengambil upah dan menoreh getah milik orang. 
 
Kehidupannya semakin terhimpit apabila tuan kebun tersebut ingin menoreh 
sendiri getahnya. 
 
3 dari anaknya akan bersekolah pada sesi 2012 akan datang. 
 
Rumah yang diduduki beliau adalah ihsan dari seorang penduduk kampung yang 
meminta beliau menunggu rumah pusaka. Rumah itu tidak mempunyai bekalan air dan 
elektrik. 
 
Beliau pernah dijanjikan untuk mendapat rumah PPRT namun sehingga kini tanahnya 
sahaja yang diratakan tetapi rumah tetap tidak didirikan lagi. 
 
Melihat rumahnya yang cukup usang, dengan anak yang semakin membesar pihak PAS 
DUN Johol berhasrat menggerakkan inisiatif untuk membantu beliau sekeluarga 
membina rumahnya.
 
Kepada mereka yang ingin membantu sila hubungi beliau iaitu Roos Noor Faizli 
bin Razali ( 012-2682373 ) Kampung Kepis Hilir, 71300 Johol, Negeri Sembilan.
 
Foto keadaan rumah keluarga tersebut di 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2011/12/mari-kita-ceriakan-keluarga-daif-ini-di.html
 

Kirim email ke