Beratus ribu pembeli rumah bankrap ditipu bank
January 5, 2012 

Mereka berpakat dengan perunding, arkitek dan jurutera untuk melelong rumah 
pembeli.

KUALA LUMPUR: Beratus ribu pembeli rumah bankrap ditipu bank yang berpakat 
dengan pihak ketiga menipu mereka dedah sebuah NGO pengguna hari ini.

Berikutan itu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak kerajaan 
bertindak tegas melindungi pembeli rumah.

Penasihat PPIM Tengku Azwil Abdul Razak  berkata, pembeli bukan sahaja bangkrap 
tetapi kerugian wang ringgit dan rumah.

“Bank berpakat dengan beberapa pihak lain dalam usaha memufliskan pembeli.

“Antara pihak terbabit ialah perunding projek, arkitek dan jurutera.  Mereka 
berpakat antara satu sama lain,” katanya dalam sidang media hari ini.

Antara kes yang sedang ditangani PPIM ialah di Kelana Jaya dan Hulu Kelang, 
Selangor.

Aduan setiap hari

PPIM kata Tengku Azwil menerima menerima aduan mengenai perkara tersebut setiap 
hari dan setiap minggu.

Beliau berkata, apabila pembeli gagal menjelaskan ansuran beberapa bulan, 
peguam bank  menghantar notis untuk melelong rumah tersebut.

“Apabila pembeli mahu membayar semula tunggakan berkenaan bank mengarahkan 
dibuat dengan jumlah besar.

“Pengguna yang tidak mampu berbuat demikian menyebabkan bank memfailkan notis 
bangkrap di mahkamah.

“Ada juga kes dua nama pembeli untuk sebuah rumah.Pembeli kedua akan telefon 
pembeli pertama bila nak keluar dari rumah itu.

Inilah cara bank membangkrapkan pembeli rumah,” katanya.

Gagal bayar 4 bulan

Seorang mangsa memberitahu pihak bank mahu melelong rumahnya di Kelang kerana 
gagal membayar ansuran selama empat bulan.

Chandramathy Subramaniam  membayar RM550 sebulan sejak mula dibeli pada tahun 
2002.

Bagaimanapun, katanya detik malang itu tiba apabila beliau tidak menjelaskan 
bayaran selama empat bulan pada tahun 2005.

“Bank menghubungi peguam saya mengatakan rumah saya dalam proses dilelong.

“Saya mahukan menjelaskan tunggakan empat bulan tetapi bank minta saya membayar 
RM50, 000.

“Jika saya tidak bayar, rumah saya akan dilelong bulan Mac ini,“ katanya.

http://www.freemalaysiatoday.com/2012/01/05/beratus-ribu-pembeli-rumah-bankrap-ditipu-bank/
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke