Dah malam pada hari Jumaat 6 Januari 2012 baru saya tersedar rupa-rupanya dalam 
satu hari tadi sejak selepas solat Jumaat hinggalah ke Isya , Alhamdulillah , 
dengan izin Allah saya telah berkesempatan berjumpa dan berbual juga mendengar 
nasihat dari empat orang ulama dari pelbagai latar belakang.

Bangun pagi keesokan hari baru tersedar semacam ada kelainan dan semangat baru 
setelah berjumpa para ulama dan ustaz tadi.

Mula-mulanya selepas solat Jumaat berjumpa dengan Al Fadhil Ustaz Zakaria Talib 
dari Madrasah Az Zakirin, Chengkau. Beliau merupakan anak murid Sheikh Mahmud 
al Mazjub dari Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat. Panjang juga cerita dengan 
beliau, banyak pesanan dan nasihat yang diberikan. Beliau katanya ada membuat 
buku mengenai 8 syarat kemenangan, tapi belum berkesempatan untuk 
menerbitkannya kerana memerlukan dana. 

Tapi Ustaz Zakaria mengizinkan saya memuat turun buku beliau tersebut. 
InsyaAllah saya akan kongsi apa 8 syarat kemenangan tersebut dalam artikel lain.

Kemudian jumpa pula Al Fadil Ustaz Khairuddin Yusof dari Madrasah Hj Ibrahim, 
Bongek yang merupakan cucu kepada ulama terkenal di N.Sembilan iaitu Tuan Haji 
Ibrahim. 

Maghrib pula jumpa dengan Ustaz Dato Hj Arshad Abdul Samad, merupakan bekas 
Ketua Hakim Syarie N.Sembilan, seorang yang tinggi ilmu, banyak pengalaman, 
rendah diri, juga seorang Chef di kala kenduri kahwin dan juga tukang sembelih. 

Kemudian hadir pula kuliah Tuan Guru Ustaz Ahmad Tajuddin Jali, menceritakan 
satu hadith yang agak panjang. Di mana kesimpulan hadith tersebut ialah , kita 
ini dalam zaman yang ke 5, dimana kita perlu berada dalam kumpulan jemaah 
Islam. Jika tiada kumpulan jemaah, maka hendaklah kita duduk dalam hutan.

Teringat pula pada Ustaz Zakaria Talib. Walaupun beliau bersama dengan jemaah 
Islam, beliau juga  mendirikan Madrasah yang dipanggil Madrasah Az Zakirin di 
satu tempat yang terpencil di pinggir hutan. Ustaz Zakaria ada memelihara kuda, 
burung, ayam dan dalam perancangan untuk memelihara kambing dan lembu.

Ustaz Zakaria beritahu saya , sebelum kita hendak mendidik manusia, kita 
hendaklah belajar pelihara binatang. Kata Ustaz Zakaria bukan senang juga nak 
memelihara binatang.

Tidak hairanlah para-para Nabi bekerja sebagai pengembala kambing. 

Walaupun 4 ulama di atas mempunyai latar belakang yang berlainan, mesejnya sama 
sahaja, iaitu pengabdian diri kepada Allah swt secara total atau mutlak.

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com  


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke