Malam tadi saya mendapat SMS dari nombor yang tidak dikenali yang mengatakan 
dia seorang ibu tunggal yang kemalangan, anak 5 orang, 2 darinya ada sakit 
jantung, rumah pula akan dilelong. Betul ke SMS ni, tak ada nama, tak tahu 
hujung pangkal cerita? Lalu saya membuat carian di internet, memang betul apa 
yang diceritakan. Dan nombor SMSnya sama dengan nombor yang disiarkan dalam 
Utusan Malaysia.

Lalu saya minta Puan Faezah SMSkan nombor akaun banknya agar ada rakyat 
Malaysia yang sudi sedikit seorang menyumbang kepada beliau sekeluarga.

Kepada mereka yang ingin membantu sila salurkan ke akaun atas nama Faizah bte 
Mohamed Kassim, No akaun Maybank 152116174237. No tel 017-5825890

Sudah pasti keluarga ini amat memerlukan bantuan, entah sekolah entah tidak 
anak-anaknya ketika ini. Entah ke hospital, entah tidak anak-anaknya ketika 
ini. Entah dapat kerja, entah tidak ibu tunggal tersebut.

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com 

Ibu tunggal tertekan anak sakit jantung, rumah bakal dilelong
Utusan Malaysia  
 
PADANG SERAI 27 Sept. 2011 - Dua daripada lima anaknya menghidapi sakit jantung 
sementara rumahnya di Taman Sejahtera di Lunas dekat sini bakal dilelong oleh 
pihak bank.
 
Inilah nasib malang yang menimpa ibu tunggal Faezah Mohd. Kassim, 39.
 
Dia sendiri kurang sihat ekoran kemalangan jalan raya yang dialami tahun lalu.
 
"Akibat keadaan tersebut saya sering tidak dapat ke tempat kerja yang 
menyebabkan gaji selalu berkurangan kerana banyak cuti sakit.
 
"Permohonan saya untuk mendapat pampasan Perkeso (Pertubuhan Keselamatan 
Sosial) telah ditolak,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
 
Faezah berkata, anak sulungnya, Nursyazwani, 17, akan menduduki peperiksaan 
Sijil Pelajaran Malaysia pada November ini tetapi kerap pengsan yang dipercayai 
akibat penyakit jantung yang dideritainya sejak berumur sembilan tahun.
 
Nursyazwani mendapat rawatan di Hospital Kulim sebanyak dua hingga tiga kali 
sebulan.
 
Anak ketiganya Nuradila, 14, juga mengalami sakit jantung berlubang dan sakit 
akibat tulang belakang tidak seimbang dan perlu mendapatkan rawatan susulan di 
Hospital Pulau Pinang.
 
Tiga lagi anaknya juga masih bersekolah.
 
"Saya pernah menganggur selama lebih enam bulan dan oleh itu saya tidak 
membayar pinjaman rumah sejak dua tahun lalu. Rumah saya akan dilelong pada 
bila-bila masa,” kata Faezah.
 
Orang ramai atau badan-badan amal yang berhasrat membantu keluarga ini boleh 
menghubungi Faezah di talian 017-5825890. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0927&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_20.htm
 


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke