Dari laman web Aduan Rakyat Online
Perkhidmatan KTMB sangat teruk - January 12th, 2012 
 
Salam, Semalam 8 Jan saya berada di stesen Nilai pada pukul 7pm dan bertanya 
pada pekerja kaunter tentang waktu seterusnya komuter akan sampai dan beliau 
menjawab pukul 7:18pm dan saya bertanya lama waktu perjalanan dari stesen Nilai 
ke Serdang dan beliau menjawab mengambil masa 30 minit. 
 
Waktu perjalanan seterusnya memang tertera 7:18pm tetapi hakikatnya ia hanya 
sampai di stesen Nilai pada 7:48pm lewat setengah jam dan menyebabkan 
pengguna-pengguna di dalam komuter telah ramai.
 
Dan paling teruknya ialah di Kajang terlalu ramai orang yang berpusu-pusu naik 
hinggakan terlalu sukar untuk bernafas.  
 
Di tambah lagi lelaki juga tanpa segan silu menaiki koc wanita. 
 
Saya dapati tiada pegawai-pegawai KTMB yang berjaga di setiap stesyen untuk 
mengarahkan orang lelaki supaya tidak memasuki koc wanita. Mereka hanya muncul 
di laluan tiket untuk mengutip tiket  dari pengguna yang hendak keluar. 
 
Dan kelewatan juga berlaku apabila saya sampai di stesen Serdang selepas 40 
minit perjalanan. Mungkin komuter terlalu sarat dengan bebanan hingga tidak 
boleh bergerak.
 
Apa yang saya harapkan sebagai pengguna ialah agar KTMB berpegang pada jadual 
perjalanan kerana sedikit kelewatan akan menyebabkan kesesakan di dalam koc. 
 
Juga diharapkan agar pegawai-pegawai KTMB menjaga di setiap stesen ketika 
pengguna menaiki koc dan mendidik pengguna-pengguna lelaki agar tidak  memasuki 
koc wanita. Kebanyakan pengguna dari luar negara yang tidak mematuhi arahan ini.
 
Saya mengharap perubahan pada KTMB untuk kebaikan bersama. Terima kasih.
 
By: Razimah Amran
 
http://www.aduanrakyat.com.my/perkhidmatan-ktmb-sangat-teruk 

Kirim email ke