Pada 21 Januari 2012 ini Anak Muda Pakatan Rakyat akan mengadakan sesi 
penerangan di tempat asal bermulanya Negeri Sembilan. Sesungguhnya kewujudan 
Negeri Sembilan bermula di sebuah kampung yang bernama Kg Batang Nyamor di kaki 
Gunung Datuk, Rembau. Barisan Anak Muda tersebut ialah Mohd Sani Hamzan (EXCO 
Pemuda PAS Pusat), Chegubard (Ketua PKR Rembau), Ustaz Khairil Anwar Wafa 
(Ketua Pemuda PAS N.Sembilan) dan Mohd Hakki (Ketua Pemuda PAS Rembau).

Rembau adalah tempat bermulanya sejarah Negeri Sembilan. 

Rembau juga adalah tempat kemasukan Islam di Negeri Sembilan dan pengembangan 
agama Islam di kalangan Orang Asal atau Orang Asli.
 
Negeri Sembilan pada asalnya didiami oleh orang-orang asli daripada suku kaum 
Sakai, Semang dan Jakun. Mereka hidup berpindah randah, memburu, mengutip hasil 
hutan dan ada yang mula bertani.
 
Kampung Batang Nyamor, mendapat nama apabila Batin Pak Nilu, anak Batin Chepa 
dan ipar kepada Batin Skudai ingin membina penempatan. Semasa meneroka hutan, 
Batin Pak Nilu telah bertemu sebatang pokok Merbau yang luar biasa besar dan 
tingginya. Setelah habis ditebang dikatakan selama 14 hari dengan menggunakan 
kekuatan tenaga zahir dan kekuatan batin tumbanglah pokok Merbau yang besar 
itu. 

Kawasan yang diteroka tersebut akhirnya di bina dua penempatan, iaitu Kg Batang 
Nyamor dan Kg Mungkal.

Nama Kampung Batang Nyamor berasal dari batang pokok Merbau yang terjemur. 

Nama Kampung Mungkal berasal dari pangkal pokok Merbau yang luar biasa 
besarnya. 

Nama Rembau pula berasal dari pohon Merbau yang ditebang oleh kedua-dua Tok 
Batin.

Daerah Rembau, tidak akan wujud seperti adanya hari ini tanpa penglibatan dua 
tokoh pembesar Minangkabau dari Istana Pagar Ruyung yang bernama Datuk Lela 
Balang dan Datuk Laut Dalam. 

Datuk Lela Balang telah sampai di Kampong Kota Lama. Datuk Lela Balang kemudian 
berkahwin dengan Datuk Bungkal, anak Batin Skudai. Datuk Lela Balang dan Datuk 
Bungkal telah mendapat 4 orang anak perempuan dan 1 orang anak lelaki yang 
bernama Sri Rama. Atas persetujuan Sultan Johor , anak Datuk Lela Balang ini 
telah dilantik sebagai Penghulu Rembau yang kemudian dipanggil Undang Rembau 
lalu bergelar Datuk Sri Rama iaitu Undang Rembau yang pertama dari tahun 1540 
ke tahun 1555.

Datuk Sri Rama (Dato Lela Maharaja - Waris Jakun) pula telah berkahwin dengan 
anak Datuk Laut Dalam iaitu Datuk Siti Hawa ( Dato Sedia Raja - Waris Jawa) dan 
kemudian mendapat anak yang diberi nama Amba yang menjadi Undang Rembau kedua 
iaitu Dato Amba bin Dato Lela Maharaja Si Rama dari tahun 1555 ke tahun 1605. 

Sebelum wujudnya Yang DiPertuan Besar, Negeri Sembilan adalah di bawah naungan 
Kesultanan Johor. Kesultanan Johor yang memberi gelaran Yang di-Pertuan Besar 
Negeri Sembilan.
 
Nama Negeri Sembilan mula digunakan pada abad ke-16 untuk merujuk kepada 
persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di 
Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat, Naning, Rembau, Sungai Ujong, Johol, 
Jelebu, Hulu Pahang, Jelai dan Kelang.
 
Ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyung, Minangkabau pada 1773, memulakan 
institusi beraja di Negeri Sembilan. 
 
Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama, Raja Melewar, ditabalkan di 
Rembau iaitu di Kampung Penajis dan bersemayam di Kampung Astana Raja. Baginda 
mangkat di Rembau.

Negeri Sembilan juga mempunyai banyak kaitannya dengan kerajaan Islam Melaka 
yang jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511 ketika pemerintahan Sultan Mahmud 
Shah.


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke