Walaupun keadaan laut di Port Dickson
tidaklah sebegitu bergelora dibandingkan dengan keadaan laut di
pantai timur, namun telah kerap kali berlaku kejadian lemas di Port
Dickson. Harap pengunjung pantai sentiasa berhati-hati apabila mandi
manda di Port Dickson. Bak kata pepatah “Air tenang jangan disangka
tiada buaya”. Takziah diucapkan kepada waris mangsa lemas ini. 
Pelajar Lemas Ketika Aktiviti Riadah Di
Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson 

Sabtu Januari 14, 2012 

PORT DICKSON: Mayat seorang pelajar
kolej swasta, Nazaruddin Bisul Rahman, 20, yang dipercayai lemas
ketika mengadakan aktiviti riadah di Pantai Cahaya Negeri (Batu 4) di
sini, ditemui kira-kira tiga jam selepas kejadian dilaporkan, Sabtu.

Penolong Pengarah Operasi negeri,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Ahmad Nizam Sapaiee
berkata bilik gerakkan bomba menerima panggilan daripada orang awam
mengenai kejadian itu pada pukul 9.02 pagi.

"Kita kemudian melancarkan gerakan
mencari dan menyelamat dengan disertai 20 anggota termasuk pasukan
penyelamat di air bermula dengan pencarian di lokasi mangsa
dilaporkan hilang," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata operasi mencari kemudian
diperluaskan ke kawasan sekitar sehingga mayat Nazaruddin ditemui
kira-kira 12.30 tengah hari berhampiran kawasan dia dilaporkan
hilang.

Katanya kejadian itu berlaku ketika air
laut sedang pasang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Supt
Baljeet Singh berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan
mayat dibawa ke Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat.

Katanya mangsa datang dari Petaling
Jaya bersama empat rakannya lelakinya untuk bercuti, selain dua rakan
perempuan dari Seremban.

"Kesemua mereka adalah rakan
sekolej," katanya. - BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2012/1/14/mstar_jenayah/20120114211708&sec=mstar_jenayah
 

Harian Metro 9 Nov 2010

10 minit tenggelam di laut

PORT DICKSON: “Saya sempat
menasihatkannya segera naik ke darat sebelum terlambat kerana
menyedari air laut mula pasang tetapi tiba-tiba mendapatinya sudah
hilang dari pandangan dan menyangka dia bergurau.”

Begitu kata Fazli Yahya, 22, apabila
rakannya, Mohd Farid Abdullah, 23, yang mandi-manda bersamanya di
Pantai Cermin, dekat sini, kelmarin hampir lemas apabila tenggelam
selama 10 minit dipercayai dihanyutkan arus deras ketika air laut
pasang secara tiba-tiba.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45
petang itu, kedua-dua sahabat berkenaan mengalami detik mencemaskan
ketika mandi dalam jarak 50 meter dari pantai apabila seorang
daripada mereka ‘hilang’ ketika berenang ke darat.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/10minittenggelamdilaut/Article/index_html
 

Pemancing lemas air laut bergelora

Harian Metro 24 Okt 2010

PORT DICKSON: Memilukan apabila seorang
lelaki yang memancing dan menjala ikan di pantai Telok Pelandok, Batu
10, di sini, ditemui lemas kerana dipercayai tidak sempat
menyelamatkan diri apabila air laut bergelora, kelmarin.

Berita Harian 23 Feb 2010

PORT DICKSON: Pembangunan pesat dan
sejarah aktiviti menyedut pasir suatu ketika dulu di sebahagian
kawasan pantai di daerah ini menyebabkan wujudnya tebing tinggi yang
didakwa menjadi punca kebanyakan kejadian lemas.

New Straits Times 4 Oct 2010

PORT DICKSON: A father jumped into a
swimming pool to retrieve the body of a child who drowned at a resort
here on Saturday, not realising that it was his own son. Norain Mohd
Rahim, 38, jumped into the 1.5m-deep pool at the Bougainvilla Resort
in Telok Kemang here when he heard someone shouting that there was a
body in it.

Sinar Harian 17 Feb 2010

PORT DICKSON – Belum pun reda
kesedihan tiga keluarga apabila salah se-orang daripadanya mati lemas
ketika berkelah di pantai Port Dickson seperti yang dilaporkan Sinar
Harian semalam, sekali lagi pantai Port Dickson dikejutkan dengan
penemuan mayat remaja lemas.

Utusan Malaysia 15 Feb.2010

PORT DICKSON - Seorang remaja lelaki
yang dilaporkan hilang ketika sedang mandi bersama lima saudaranya di
Pantai Batu 1 di sini, semalam, ditemui lemas awal pagi tadi.

MStar Januari 31, 2010

PORT DICKSON: Seorang pemuda ditemui
mati lemas di Pantai Batu 8, dekat sini, pagi ini. Ketua Polis Daerah
Port Dickson, Supritendan Mazlan Othman berkata, mayat Siow Hon Peng,
33, dari Taman Rasah Jaya, Seremban ditemui orang ramai terdampar di
tepi pantai itu pada kira-kira pukul 7.40 pagi.

Bernama 22 Jul 2007

PORT DICKSON, 22 Julai (Bernama) —
Kejohanan Triathlon Antarabangsa 2007 Port Dickson (PDIT) yang
berlangsung di sini hari ini mencatat sejarah hitam dalam sukan tanah
air apabila seorang atlet dari Malaysia mati lemas pada cabaran
pertama acara itu, pada pukul 10 pagi ini.

Utusan Malaysia 13 Jun 2005

PORT DICKSON 12 Jun - Kegembiraan
sebuah keluarga dari Batu Pahat, Johor yang menghabiskan cuti sekolah
berakhir dengan tragedi apabila seorang ahli keluarga mereka mati
lemas di kolam renang sebuah hotel di sini, semalam.

PORT DICKSON, Tues. - A family outing
ended in tragedy when a 24- year-old man drowned while swimming with
a new friend at Km7.2 Jalan Pantai yesterday.

While Muhammad Kadis Untung Kadir's
body was recovered four hours after the incident at 9pm, a search
involving seven frogmen from the Fire and Rescue Department is still
under way for his missing friend whose identity is not known.

http://www.encyclopedia.com/doc/1P1-82624421.html 

SEREMBAN: A 6-year-old boy was found
drowned at a swimming pool in a Port Dickson resort near here on
Friday. G. Adiland's body was found floating by hotel guests who
alerted police of the 7pm

http://www.encyclopedia.com/doc/1P1-163562839.html 

KUALA LUMPUR, Wed. - Seven-year-old
Radin Najme Radin Shamsul Kamar, who

drowned in a swimming pool in Port
Dickson yesterday, was an intelligent and mature boy.

http://www.highbeam.com/doc/1P1-106446463.html 

Kirim email ke