MANIFESTO PAKATAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN
PILIHAN RAYA UMUM KE 13 (PRU13) 
 
“Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat” - Tonggak Nan Sembilan
 
Tonggak 1: Rakyat Itu Tuan
 
1.0 Pentadbiran dan Kewangan Awam
 
1.1 Mewajibkan Menteri Besar dan Ahli EXCO mengisytiharkan harta.
1.2 Menguruskan kewangan Negeri secara berhemat dan memastikan tiada ketirisan 
dan pembaziran dalam belanjawan Kerajaan.
1.3 Mengamalkan sistem tender terbuka bagi perolehan dan projek pembangunan 
sektor awam.
1.4 Menubuhkan Badan Semak dan Tara untuk meningkatkan keamanahan, ketelusan, 
kebertanggugjawaban dan membasmi rasuah. 
1.5 Menangani kerenah birokrasi dan campur tangan politik dalam pentadbiran 
awam supaya urusan rakyat dengan jabatan dan agensi kerajaan mudah, cepat, 
telus dan tanpa rasuah dan pilih kasih.
1.6 Mendemokrasikan pemilihan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan 
membuka mesyuarat PBT kepada orang ramai.
1.7 Mendemokrasikan pemilihan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan 
Kampong (JKKK).
1.8 Mewujudkan “Enakmen Kebebasan Maklumat” bagi memberi akses kepada rakyat 
mendapatkan maklumat awam. 
 
********** 
Tonggak 2: Rakyat Nan Senang dan Sejahtera
 
2.0 Ekonomi
 
2.1 Membangunkan ekonomi secara seimbang, mewujudkan peluang pekerjaan dan 
merapatkan jurang pendapatan.
2.2 Mengutamakan projek dan kegiatan ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan 
dan taraf hidup rakyat secara langsung.
2.3 Membangunkan sektor perumahan dan komersial sebagai pemangkin pertumbuhan 
ekonomi Negeri.
2.4 Membangunan sektor pertanian dengan penekanan kepada pengeluaran makanan, 
industri pemprosesan makanan dan penyelidikan dan pembangunan pertanian.
2.5 Memajukan tanah terbiar termasuk tanah pusaka adat.
2.6 Meningkatkan pelaburan langsung dalam sektor industri dengan menawarkan 
pakej insentif pelaburan seragam kepada pelabur dalam dan luar negara.
2.7 Menggalakkan pembangunan sektor industri kecil dan sederhana.
2.8 Mempromosi Negeri Sembilan sebagai destinasi pilihan pelancong tempatan dan 
antarabangsa.
2.9 Meningkatkan prestasi syarikat-syarikat milik kerajaan Negeri. 
 
********** 
Tonggak 3: Rakyat Nan Bertelapak
 
3.0 Tanah dan Perumahan
 
3.1 Menukar tanah tempat kediaman milik pajakan (leasehold) kepada milik kekal 
(freehold). 
3.2 Memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan 
seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas.
3.3 Menjamin tidak menaikkan kadar cukai tanah dan cukai taksiran selama 5 
tahun.
3.4 Mensasarkan setiap keluarga memiliki sebuah rumah kediaman mampu milik. 
3.5 Memperkasa dasar penggantian tanah rizab Melayu yang diambil kerajaan. 
3.6 Melindungi kepentingan dan kedudukan Orang Asal.
 
********** 
Tonggak 4: Rakyat Nan Berilmu
 
4.0 Pendidikan
 
4.1 Mewujudkan skim bantuan pendidikan bagi memastikan setiap anak warga Negeri 
Sembilan  mendapat pendidikan sekurang-kurangnya sehingga ke  peringkat  SPM.
4.2 Memberi bantuan  secara sistematik kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR),  
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan 
sekolah-sekolah tinggi persendirian.
4.3 Memberi sumbangan sebanyak RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti 
ijazah pertama dan RM1,000 diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf. 
4.4 Menjadikan Negeri Sembilan hub pendidikan utama di wilayah selatan 
Semenanjung.
 
********** 
Tonggak 5: Rakyat Nan Berakhlak
 
5.1 Islam dan Pendidikan Islam 
 
5.1.1 Memperkemas sistem pungutan dan agihan zakat sebagai satu instrumen 
pembasmian kemiskinan. 
5.1.2 Memperkemas pentadbiran wakaf.
5.1.3 Meningkatkan peruntukan kewangan tahunan untuk hal ehwal agama Islam. 
5.1.4 Menggalakkan masyarakat Islam menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan 
masyarakat.
5.1.5 Menggalakkan penglibatan ahli qariyah dalam memilih AJK Masjid 
masing-masing. 
5.1.6 Mengembangkan sistem pendidikan sekolah agama rakyat (SAR) secara 
sistematik.
5.1.7 Melanjutkan pendidikan KAFA sehingga ke sekolah menengah. 
5.1.8 Menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun RM250 
sebulan kepada guru Al Qur’an. 
 
5.2       Agama-Agama Lain
 
5.2.1 Mewujudkan portfolio hal ehwal bukan Islam.
5.2.2 Memberikan peruntukan tahunan kepada badan-badan induk agama bukan Islam. 
********** 
Tonggak 6: Rakyat Nan Aman dan Mencintai Alam
 
6.1 Keselamatan, Jenayah, Gejala Sosial
 
6.1.1 Memperkasa mekanisma penguatkuasaan undang-undang dan peraturan 
keselamatan bagi membendung jenayah dan gejala sosial. 
6.1.2 Menambahbaik sistem pencahayaan dan sistem keselamatan di tempat-tempat 
yang kerap berlaku jenayah.
6.1.3 Memberi insentif kepada majikan menyediakan kemudahan pengangkutan kepada 
pekerja wanita yang berkerja syif malam bagi menjaga keselamatan mereka. 
6.1.4 Penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap perbuatan merosakkan kemudahan 
dan harta awam.
 
6.2       Alam Sekitar
 
6.2.1 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang tidak mengizinkan apa 
jua pembangunan dijalankan selagi kajian impak alam sekitar dan sosial belum 
dikemukakan.
6.2.2 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berkaitan pembuangan sisa 
industri bagi mencegah pencemaran sungai, tasik, laut, persekitaran dan udara.  
6.2.3 Menghijaukan persekitaran dengan mewujudkan banyak taman bunga di 
taman-taman perumahan dan menanam pokok-pokok di sepanjang jalan raya.
6.2.4 Menjaga kebersihan persekitaran bandar, kampung, kawasan perumahan di 
estet-estet dan kawasan Felda.
6.2.5 Memulihara rizab hutan simpan, hutan perlindugan hidupan liar, kawasan 
tadahan air, taman-taman hutan lipur dan rizab hutan bakau di kawasan 
persisiran pantai.
 
********** 
Tonggak 7: Rakyat Nan Selesa
 
7.0 Infrastruktur dan Kemudahan Awam
 
7.1 Memastikan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih berkesan untuk 
penduduk bandar dan luar bandar.
7.2 Meningkatkan mutu jalan-jalan raya di seluruh Negeri Sembilan.
7.3 Menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di seluruh Negeri Sembilan dan 
memastikan mutu air sentiasa tinggi.
7.4 Membina dewan komuniti dan taman rekreasi dan memasang lampu jalan di 
taman-taman perumahan dan kampung-kampung tradisi, kawasan perumahan estet dan 
kawasan Felda.
7.5 Mewujudkan zon akses kepada internet secara percuma di seluruh Negeri 
Sembilan.
 
********** 
Tonggak 8: Wanita di Martabatkan, Rakyat Nan Muda Disayangi, Nan Dizalimi 
Dibela  dan Nan Tua Disantuni
 
8.1 Wanita dan Keluarga
 
8.1.1 Menyediakan kemudahan penjagaan anak di jabatan-jabatan dan agensi 
kerajaan dan menggalakkan majikan sektor swasta menyediakan kemudahan yang 
sama. 
8.1.2 Menubuhkan dana usahawan wanita bagi membantu wanita menceburkan diri di 
dalam perindustrian dan   perniagaan.
8.1.3 Memperkenalkan waktu kerja anjal bagi kaum wanita di sektor awam supaya 
wanita yang bekerja tidak mengorbankan kesejahteraan keluarga. 
8.1.4 Memastikan kaum wanita diwakili di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan 
Keselamatan Kampung (JKKK). 
8.1.5 Memberi bantuan tahunan RM 500 kepada ibu-ibu tunggal yang layak. 
8.1.6 Memberi 7 hari cuti ehsan kepada pekerja sektor awam yang kematian 
pasangan.
8.1.7 Membuka akaun tabungan permulaan RM100 bagi setiap kelahiran bayi.
 
8.2       Anak Muda
 
8.2.1 Menyuburkan semangat sukarelawan, khidmat masyarakat dan suka menjelajah 
di kalangan anak muda.
8.2.2 Mengadakan projek usahawan muda bagi menggalakkan anak muda menceburkan 
diri dalam perindustrian dan perniagaan.
8.3.3 Mewujudkan pusat perniagaan dan kebudayaan untuk anak muda. 
8.2.4 Memastikan anak muda diwakili di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan 
Keselamatan Kampung (JKKK). 
8.2.5 Meningkatkan akses kepada kemudahan-kemudahan sukan milik kerajaan untuk 
kegunaan anak muda.
8.2.6 Meningkatkan pembangunan sukan.  
 
8.3       Peneroka Felda
            
8.3.1 Menyokong cadangan mengagihkan tanah Perladangan Felda Sdn. Bhd. kepada 
generasi kedua peneroka. 
8.3.2 Mempercepatkan pengeluaran geran hakmilik tanah kepada peneroka yang 
telah melunaskan hutang kepada Felda.
8.3.3 Menyokong usaha Felda membina rumah mampu milik di kawasan Felda untuk 
generasi kedua peneroka. 
8.3.4 Bekerjasama dengan Felda menyediakan program pendidikan agama kepada 
anak-anak peneroka.
 
 
8.4       Kebajikan
 
8.4.1 Memperkasa sistem bantuan kebajikan kepada golongan sasar (warga emas, 
fakir miskin, golongan berpendaptan rendah, golongan tidak bernasib baik dan 
orang kurang upaya).
8.4.2 Memberi sumbangan tahunan RM100 kepada warga emas. 
8.4.3 Menyediakan InsuranTakaful Kifalah Berkelompok secara percuma kepada 
warga emas (manfaat kematian RM2,500 akan dibayar kepada waris). 
8.4.4 Memberi bantuan pakaian seragam sekolah bernilai RM100 kepada pelajar 
sekolah rendah dan menengah dari keluarga yang berpendapatan bulanan RM1,500 ke 
bawah.  
8.4.5 Memastikan persekitaran dan prasarana yang akrab OKU di bangunan kerajaan 
dan menggalakkan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama di premis 
masing-masing. 
8.4.6 Menggalakkan majikan di sektor awam dan swasta memberi pertimbangan 
istimewa kepada OKU di dalam pengambilan pekerja. 
8.4.7 Kerajaan Negeri memberi sumbangan tetap, tertakluk kepada kemampuan 
kewangan, kepada badan-badan bukan kerajaan yang menjalankan aktiviti 
kebajikan.  
 
********** 
Tonggak 9: Rakyat Nan Berbudaya dan Beradat 
 
9.0 Seni Budaya dan Adat
 
9.1 Merakyatkan seni budaya setiap kaum. 
9.2 Menubuhkan Perbadanan Pembangunan Tanah Adat bagi membangunkan tanah adat 
yang terbiar.
9.3 Menaikkan elaun Datok Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun 
sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak.
9.4 Menubuhkan sebuah institusi bagi memperkasakan adat perpatih.

Kirim email ke