Kesinambungan kepada perjuangan, utamanya perjuangan menegakkan kalimah Allah bukanlah milik mutlak individu mahu pun sesebuah organisasi malah ia adalah milik semua insan. Selagi mana insan berkenaan merasakan tanggungjawab itu terletak di atas bahunya, selagi itulah usaha menyebarluaskan dakwah Islam patut dilaksanakan.
Walau bagaimanapun, kerapkali kedapatan sesebuah gerakan dakwah Islam terus menyerang gerakan dakwah Islam yang lain atas alasan metodologi dakwahnya tidak sealiran. Demikian juga kerapkali kita terdengar individu yang mengaku dirinya Islam merungut kegiatan 'orang-orang dakwah' yang tidak kena pada pengamatan dirinya. Individu seperti ini terlupa bahawa sebagai seorang Muslim dia juga tidak terlepas daripada tuntutan menyampaikan Islam dan bukan sebaliknya. Justeru itu apabila kita memasuki lautan manusia yang mempunyai bermacam-macam ragam, fenomena seperti ini sepatutnya sudah pun dicampurtolak dalam perkiraan setiap langkah. Wawasan kita mestilah jelas. Sebabnya yang pertama, kita perlulah bersedia supaya tidak menjadi seperti golongan manusia-manusia tadi. Yang kedua, supaya kita lebih bersedia untuk menyelesaikan punca kepada penyakit fikiran seperti ini. Kita mestilah mencontohi keperibadian Rasulullah, menangani permasalahan masyarakat, memecah permasalahan berkenaan dan menyelesaikannya, dan bukan hanya tahu menjadi penghukum dan penentang tanpa mengemukakan alternatif. Sekiranya konsep pengislahan yang kita kemukakan tidak berjaya dijadikan senjata untuk mengubah sikap dan pemikiran ummah dan sebaliknya para da'i sendiri perlu diislahkan oleh agen yang lain, maka jadilah abad ke-21 ini sebagai era fitnah yang menimpa Islam. Ia akan dijadikan alasan bahawa Islam perlu ditolak daripada memerintah dunia. Walau bagaimanapun selagi pendokong dan pejuang Islam bertakwa, ikhlas, yakin, berwawasan dan berdakwah dengan penuh hikmah serta bersedia untuk mengislahkan dirinya sendiri dan persekitarannya sebelum mengislahkan orang lain Insyaallah kerja-kerja pengislahan yang akan diteruskan pada abad 21 ini lebih cemerlang, lebih lancar dan menjanjikan kejayaan. Oleh itu kita perlu membuat rumusan ke arah penyediaan diri sebagai agen pengubah sosial dan penyusun semula struktur masyarakat. Kita semua seharusnya mampu menjadi 'opinion leader' kepada masyarakat di mana sahaja kita berada. Apabila kita yakin bahawa Allah itu Maha Berkuasa, maka kita yakin bahawa Allah boleh menegakkan Islam pada saat ini juga. Seluruh pendokong Islam perlu menerima kewujudan pelbagai gerakan Islam dalam suasana berlapang dada. Yakinlah bahawa pertubuhan-pertubuhan yang ada boleh bersua muka dan bertukar-tukar pendapat dan ini bukanlah suatu khayalan romantisme politik atau pun merupakan suatu perencanaan politik yang jahat dan hina. Bukanlah suatu yang mustahil penyelarasan aktiviti Islam akan dapat diarahkan kepada 'kesatuan dalam kepelbagaian' sekiranya kita dapat menerima kehadiran gerakan dakwah yang lain sebagai pengisi ruang-ruang dakwah yang masih wujud di negara kita kerana sesunggguhnya ruang lingkup dakwah itu terlalu luas dan setiap gerakan tadi mempunyai pendekatan yang berbeza-beza. Jadi, seluruh pendukung Islam perlu memahami bahawa kewujudan gerakan dakwah yang lain itu sebenarnya melengkapkan apa yang masih kurang, dan bukannya sebagai suatu perpecahan. Pengislahan sikap dan pendekatan mestilah ditangani bersama. Sifat pengorbanan dan ithar mestilah disanggupi oleh mereka yang menginginkan rahmat Allah dalam memperbaiki hubungan antara da'i tidak kira di mana mereka berada, baik di dalam mahupun di luar negara. Ingatlah, sebaik-baik amalan itu adalah yang berterusan sekalipun sedikit. Semoga kita semua tergolong di kalangan mereka yang mendokong ad-Deen Ilahi ini. Ameen.. ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

