Dari Blog PAS Miri, Sarawak - Jumaat, 20 Jan 2012 . 
 
Baru-baru ini kita mendapat maklumat dan aduan dari orang ramai, terdapat 
sesetengah syarikat swasta yang melarang pekerja Islam dari mengejarkan solat 
jumaat. Sekiranya perkara ini berlaku terhadap pekerja Islam dalam syarikat 
tersebut, kita minta mereka yang mempunyai masalah yang sama, boleh melapor 
terus ke pejabat buruh atau kepada pihak yang berkuasa untuk diambil tindakan.
 
Kita juga nasihatkan kepada pekerja Islam dan bukan Islam sekiranya berlaku 
diskriminasi di tempat mereka bekerja, mereka boleh melapor perkara tersebut 
kepada pejabat buruh di tempat masing-masing. 
 
Pihak PAS juga boleh memberi kerjasama kepada pengadu sekiranya diperlukan.
 
Kita tidak mahu ada pihak tertentu dalam syarikat yang lebih pentingkan urusan 
perniagaan dan mendapat keuntungan semata-mata, sehingga menyekat kebebasan 
beragama pekerja mereka dalam negara ini. 
 
Melarang pekerja mereka dari mengamalkan ajaran agama masing-masing seperti 
yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia adalah satu kesalahan terkecuali 
mereka melanggar displin dan peraturan syarikat yang telah ditetapkan.
 
Tiada siapa pun boleh menyekat dengan sewenang-wenangnya kebebasan beragama 
seseorang pekerja dalam negara ini kerana kalau sesiapa atau syarikat yang cuba 
menyekat pekerjanya dari melakukan suruhan agama mereka, maka kita mendesak 
pihak yang berkuasa hendaklah bertindak segera menghentikan diskriminasi kaum 
pekerja di negara ini.
 
Kita mahu semua pihak dapat bekerjasama dengan semua kaum tanpa ada sebarang 
perasaan prejudice antara kaum dan agama. 
 
Pihak majikan perlu memberi sedikit kelonggaran terhadap pekerja Islam yang 
hendak mengerjakan solat Jumaat sebab solat Jumaat adalah wajib bagi umat Islam 
selagi mereka tidak ada keuzuran atau halangan.
 
Kita mendesak pihak kerajaan agar sentiasa memantau syarikat tempatan dan asing 
yang menggunakan tenaga kerja umat Islam supaya tidak berlaku kes diskriminasi 
di tempat kerja dimana mereka dilarang dari mengerjakan solat jumaat.
 
Sesiapa saja yang melanggar perlembagaan perlu di ambil tindakan sewajar agar 
tidak berlaku lagi unsur-unsur perkauman yang boleh mencetuskan huru hara dalam 
Negara ini.
 PAS akan sentiasa bersama membantu menangani masalah rakyat tanpa mengira 
bangsa, agama dan fahaman politik.
 
Jofri Jaraiee
PAS Miri

Kirim email ke