Seorang blogger anti Pakatan Rakyat Negeri Sembilan menyarankan kepada 
orangramai termasuk orang N.Sembilan agar buang saja Manifesto Pakatan Rakyat 
N.Sembilan sempena PRU ke 13 ke dalam tong sampah.
 
Apakah Dato Lembaga Adat, Buapak-buapak, Guru-guru KAFA, Warga Emas, Pemilik 
Kediaman/Tanah Pajakan, Pemilik Tanah di Negeri Sembilan ini akan mengikuti 
saranan blogger Tauke Ikan tersebut ?
 
Antara kandungan Manifesto Pakatan Rakyat N.Sembilan ialah :
1. Menaikkan elaun Datok Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun 
sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak.
2. Menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun RM250 
sebulan kepada guru Al Qur’an.
3. Menyediakan InsuranTakaful Kifalah Berkelompok secara percuma kepada warga 
emas (manfaat kematian RM2,500 akan dibayar kepada waris).
4. Menukar tanah tempat kediaman milik pajakan (leasehold) kepada milik kekal 
(freehold).
5. Memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan 
seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas.
6. Menjamin tidak menaikkan kadar cukai tanah dan cukai taksiran selama 5 tahun.
 
**************** 
MANIFESTO PR NEGERI SEMBILAN = JANJI SAMPAH! 
 
Seperti biasa, bila hampir musim PRU, Pakatan Rakyat mula menabur janji-janji 
kosong kepada rakyat. Pakatan Rakyat Negeri Sembilan telah pun melancarkan 
penipuan terbaru ini pada Ahad lepas. Seperti biasa, janji-janji yang diberikan 
kepada rakyat ibarat bulan dan bintang tetapi hakikatnya seperti sampah dan 
hanya layak dibakar!
 
Janji-janji sampah ini hanyalah racun sahaja. Rupanya nampak menarik tetapi 
jika dikaji, semuanya tidak relevan dan penipuan semata-mata. Ini dua contoh 
penipuan janji-janji PR.
 
Ini baru dua yang dihuraikan. banyak lagi yang masih perlu dihuraikan supaya 
rakyat tidak tertipu dengan janji manis ini. Saya menyarankan jika terjumpa 
buku jingga dan manifesto ini diedarkan, sila buang ke dalam tong sampah dengan 
segera kerana memang disitulah tempat yang layak benda seperti ini.
 
http://tauke-ikan.blogspot.com/2012/01/manifesto-pr-negeri-sembilan-janji.html

Kirim email ke