Wawancara Bersama Dr.Hassan Ali, Mingguan Malaysia 22 Januari 2012

MUKADDIMAH

Pertemuan dengan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali 
di kediamannya Khamis lalu, selepas 12 hari dipecat keahlian Pas dan 
tujuh hari digugurkan jawatan Pengerusi Hal Ehwal Agama, Adat-adat 
Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor berlangsung dalam 
keadaan tenang dan santai.

Sebagaimana mood pertemuan hari itu, begitu jugalah perasaan Hasan 
apabila diajukan pertanyaan sama ada kedua-dua peristiwa itu memberi 
kesan kepadanya.

Sambil mengucapkan syukur kepada Allah SWT, beliau berkata, dua 
episod yang datang mendadak itu tidak menjejaskan kehidupan 
hariannya, fizikalnya serta daya pemikirannya.

''Dari segi emosi saya dan ahli keluarga dapat menerima keputusan 
pemecatan ini dengan tabah. Dari segi spiritualnya pula episod ini 
menjadikan diri saya bertambah kerdil di hadapan Allah. Saya 
bersyukur segala-galanya berjalan lancar. Tidur saya tidak terganggu 
dan makan minum seperti biasa,'' katanya.

Apa yang lebih penting baginya, walaupun tidak lagi menggalas 
sebarang jawatan beliau tetap akan memikul tanggungjawab sebagai 
khalifah Allah di muka bumi.

Ketika ditemu bual wartawan Mingguan Malaysia, MARHAINI KAMARUDDIN, 
SAIFULIZAM MOHAMAD serta jurufoto, ZAINI HUSIN, bekas pakar motivasi 
itu secara berterus terang bercakap tentang makhluk perosak di dalam 
Pas yang telah menggelincirkan parti itu daripada landasan 
perjuangannya. Hasan dengan penuh semangat menyatakan kesungguhan 
beliau untuk terus mempertahankan kepentingan Islam, Melayu dan 
institusi raja serta Perlembagaan.

Beliau juga sempat menitip pesan kepada teman-temannya yang masih 
aktif di dalam Pas agar bermuhasabah dan tidak membiarkan parti itu 
"belayar dalam kapal yang dikemudikan oleh juragan import dibantu 
anak kapal terdiri daripada parasit yang hanya mementingkan diri dan 
kelompok sendiri".




Mingguan: Apakah pengguguran Datuk sebagai calon Pas bagi Pilihan 
Raya Umum 13 satu perancangan awal menyingkirkan Datuk daripada 
pentadbiran kerajaan negeri?

Hasan Ali: Saya semacam bersetuju dengan kenyataan itu. Mungkin ada 
perancangan untuk menyingkirkan saya daripada pentadbiran Kerajaan 
Selangor. Bagi saya itu tidak penting, yang penting ialah sebuah 
jemaah Islam seharusnya bertindak mengikut lunas-lunas ajaran Islam. 
Mereka yang terlibat patut lebih memahami tuntutan akhlak dalam 
mengurus jemaah Islam seperti Pas.

Pengumuman tentang pengguguran sebagai calon Pas yang terpapar di 
muka depan akhbar dan menjadi tajuk utama kebanyakan media baru pada 
hari sama saya menerima anugerah daripada Sultan Selangor, tidak 
selayaknya berlaku.

Tindakan itu semacam bertujuan menjatuhkan kredibiliti saya dan 
mempersoalkan anugerah yang diberikan. Saya tidak banyak memikirkan 
sama ada saya disingkirkan atau memang ada pihak yang merancang 
menyingkirkan saya. Tindakan menyingkirkan saya tidaklah begitu sukar 
untuk dilakukan. Tetapi untuk menidakkan prinsip perjuangan saya bagi 
mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu serta mendaulatkan 
institusi raja dan Perlembagaan mungkin memerlukan masa, tenaga dan 
tumpuan yang lebih. Ini kerana dalam tempoh tiga tahun 10 bulan 
menjadi ahli Exco, gagasan itu telah mula meresapi minda dan lubuk 
hati umat Melayu di negeri ini.

Adakah pemecatan ini kerana Datuk mempertahankan orang Melayu, umat 
Islam dan institusi raja yang dilihat tidak sesuai dengan perjuangan 
pakatan pembangkang?

Hasan Ali: Sememangnya ia ada kaitan langsung dengan Islam, Melayu 
dan Raja (IMR) yang saya dan teman-teman perjuangkan. Ketiga-tiga 
agenda ini secara jelas tidak diperjuangkan oleh mana-mana parti 
dalam Pakatan Rakyat. Sebagai contoh menegakkan Negara Islam dan 
melaksanakan hudud sama sekali tidak dipersetujui oleh DAP dan PKR. 
Pas pula atas nama setiakawan dalam pakatan terpaksa menyembunyikan 
hasrat untuk melaksanakan perintah Allah SWT itu.

Apa yang saya dan teman-teman mahu agar Pas bertegas dalam prinsip 
perjuangan berkait dengan Islam, bangsa Melayu dan institusi raja 
dalam rangka hubungan dengan rakan pakatan. Saya tidak mahu 
perjuangan Islam Pas larut dan terbenam dalam keghairahan meraikan 
kehendak dan permintaan dua rakan kongsi itu.

Apa yang boleh Datuk tafsirkan apabila seorang Exco Selangor daripada 
DAP mengharapkan Selangor akan lebih baik tanpa Hasan Ali?

Hasan Ali: Saya rasa golongan yang paling gembira menyambut berita 
pemecatan saya sebagai ahli Pas dan pengguguran sebagai ahli Exco 
ialah DAP. Apa juga yang saya lakukan dalam lingkungan portfolio Hal 
Ehwal Islam dibantah oleh DAP atas nama hak asasi dan kebebasan 
individu. Sekarang DAP boleh berpesta bunga api dan membakar mercun 
hingga dinihari sebagai tanda kegembiraan meraikan pemergian Hasan 
Ali. Tidak ada siapa lagi yang akan mengganggu hal arak, judi, rumah 
urut, khalwat, zina, murtad dan sebagainya. Inilah saat yang 
ditunggu-tunggu oleh DAP, PKR dan sebahagian daripada pimpinan Pas sendiri.

Saya harap Menteri Besar yang kini bertanggungjawab terhadap Hal 
Ehwal Islam akan lebih berupaya melonjakkan Islam di negeri ini. 
Rakyat sedang memerhatikan sama ada Menteri Besar akan melakukan atau 
sebaliknya.

Apakah niat sebenar di sebalik pengguguran Datuk?

Hasan Ali: Usaha menjatuhkan saya bukan dibuat orang Pas sahaja. Pada 
pendapat saya, ketiga-tiga parti merancang, menstrategi dan 
melaksanakan skrip yang disediakan oleh pimpinan tertinggi pakatan. 
Tindakan memecat dan berikutnya menggugurkan saya daripada menjadi 
ahli Exco adalah hasil yang ditunggu-tunggu.

Merancang, menaik dan menjatuhkan seseorang adalah mainan dan lumrah 
politik tetapi untuk Pas terlibat menjatuhkan seorang pemimpin yang 
cuba mempertahankan prinsip perjuangan partinya adalah suatu tindakan 
yang sangat keji dan hina. Insya-Allah, mereka dan saya akan 
sama-sama berada di mahkamah Allah akhirnya.

Apakah ketiadaan Datuk membolehkan parti pembangkang meneruskan 
agenda memburu kuasa tanpa mempedulikan nasib orang Melayu, umat 
Islam dan institusi raja?

Hasan Ali: Matlamat mereka yang dipandu oleh Anwar Ibrahim, pemimpin 
agung mereka ialah Putrajaya. IMR agenda yang terlalu kecil bagi 
mereka. Atas matlamat 'memperdanamenterikan' Anwar, gerabak yang 
bergerak ke Putrajaya menghalalkan segala-galanya. Yang pelik orang 
Pas sendiri boleh termakan dengan gula-gula Anwar hingga sanggup 
menggugurkan landasan perjuangan. Negara Islam yang sama sekali tidak 
boleh diterima oleh DAP dan PKR terpaksa ditukar terminologinya 
menjadi Negara Berkebajikan. Bagi sesetengah pihak, apa alasan pun 
yang dikemukakan Negara Islam tetap Negara Islam. Negara Berkebajikan 
tidak boleh dijadikan galang ganti kepada Negara Islam.

Dalam konteks ini, saya dan teman-teman cuba meyakinkan barisan 
pimpinan supaya menoleh ke kiri dan kanan dalam misi ke Putrajaya. 
Pastinya terdapat penyokong-penyokong tegar yang mahukan bangsa 
Melayu dan institusi raja tidak dikesampingkan. Mereka tidak 
sekali-kali yakin bahawa tuntutan mereka dapat dirungkaikan setelah 
berjaya menawan Putrajaya. Sedangkan di peringkat negeri yang 
dikuasai tidak nampak tanda-tanda untuk melaksanakannya apatah lagi 
bila Putrajaya yang jauh lebih besar cakupannya menjadi milik mereka.


Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke