PERSOALAN KRITIS.....
 
 
Prof Dr Abdul Aziz Bari mempertikaikan tindakan pihak yang mengecamnya sebelum 
ini kerana mengulas titah Sultan Selangor tetapi berdiam diri terhadap pendapat 
kontroversi sejarahwan Tan Sri Khoo Kay Kim baru-baru ini.

"Khoo buat hal lagi; hari itu dia kata Malaysia tak pernah dijajah (yang 
kemudian diikuti oleh Zainal Kling). Hari ini dia kata Hang Tuah tak pernah 
wujud.

"Di mana PERKASA? Mana Ezam? Kenapa tak buat repot polis?" soal bekas pensyarah 
kanan di Universiti Islam Antarabangsa itu.

Khoo sebelum ini dilaporkan berkata berkata tiada bukti dan rekod tentang 
kewujudan Hang Tuah begitu juga dengan Puteri Hang Li Po dari China yang 
dikatakan telah berkahwin dengan Sultan Melaka di abad ke-15.

Manakala Aziz pula dikecam hebat atas kenyataannya bahawa Sultan Selangor 
Sharafuddin Idris Shah sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campur tangan 
dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) tetapi ia perlu selaras 
dengan ajaran Islam.

Selepas Senator Mohd Ezam Noor membuat laporan polis terhadapnya atas dakwaan 
menghina sultan, beliau menghadapi pelbagai tindakan, termasuklah disiasat 
pihak berkuasa dan diberikan surat tunjuk sebab oleh universiti.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Aziz memperlekehkan sikap golongan itu 
yang berdiam diri atas nama kebebasan akademik.

"Saya hormati sikap mereka; tetapi kalau mereka benar-benar menerima kebebasan 
akademik Umno-BN harus terima juga komen saya ke atas Sultan Selangor?

"Betul atau tidak pendapat saya itu ia adalah natijah ilmu dan kepakaran saya; 
seperti juga Khoo Kay Kim dan Zainal Kling," katanya.
 
 
SUMBER: MALAYSIAKINI Jan 24, 2012                                         

Kirim email ke