Kita harapkan pihak yang
bertanggungjawab terutamanya Pihak Berkuasa Tempatan samada Majlis
Perbandaran Nilai atau Seremban, Majlis Daerah Seremban, PDRM,
Imigresen, Kementerian Pengajian Tinggi dapat menyiasat perkara di
bawah ini. Sekiranya benar, harap dapat mengambil tindakan yang
sewajarnya demi kepentingan rakyat Malaysia. Sekiranya tidak benar,
harap pengadu dapat memperbetulkan fakta.

Warga asing bermasalah di Sri Palma
Villa, Mantin 
Aduan Rakyat Online 24 Jan 2012 

Masalah warga asing yang tinggal di
apartment, Sri Palma Villa – Mantin, Negeri Sembilan ini memang
amat merungsingkan kami semua penduduk di sini. Buat bising sana
sini, bergaduh sesama mereka, mabuk. Bukan baru lagi perkara ini, dah
lama tapi tindakan jarang dilakukan oleh pihak berkuasa. Telefon pun
selalu tak datang atau lambat. Sikap pihak berkuasa ini juga harus
diambil tindakan. Makan gaji buta? Malas? Tidur?

Malam tahun baru cina ini, mereka buat
hal lagi. Mabuk di kawasan apartment, tepi tasik. Menjerit sana sini,
bergaduh. Botol kaca arak mereka baling saja ke tanah. Ada yang
baling ke dalam tasik. Macam mana kalau orang Islam yang tidak tahu
mengenai hal ini, dan pergi duduk dikawasan dicemari arak itu?
Kanak-kanak terpijak serpihan kaca? Penduduk yang memancing ikan di
tasik itu, makan ikan nya?

Bila kita tegur, mereka marah kita
balik, maki kita pula. Ini negara siapa? Undang-undang siapa? Hak
siapa?

Pemberi sewa pun satu masalah juga,
sanggup pekakkan telinga, butakan mata, semata-mata kerana wang.
Kalau mereka tidak menyewakan kepada warga asing ini memang tak akan
ada masalah. Bukan semua warga asing ini bermasalah, hanya mereka
yang berasal dari Nigeria. Apartment ini bukan untuk mereka pun.
Pihak Kolej dah pun memberi mereka hostel. Sebabkan nak kebebasan,
orang lain yang kena tanggung. Malu saya nak mengaku yang rakyat
Malaysia ini selalu tidak fikir panjang. Tolong fikir tentang
akibatnya sekali sebelum buat sesuatu.

Sudah 3 tahun lebih perkara ini semua
asyik berulang. Kami sebagai penduduk sudah pun mengambil tindakan
yang kami mampu. Tapi malangnya, bila penyewa dan pihak berkuasa
tidak sama-sama memberi kerjasama. Perkara yang sama terus berulang.
Kami pembeli rumah yang tinggal di sini pula yang kena tahan? Kene
pindah keluar? Dimanakah rasa tanggungjawab? Wang memang membutakan
mata manusia..

Diharap pihak yang berkaitan, dapat
bawa ke tengahkan hal ini. Sedarkan semua rakyat. Ini negara islam,
ada batas yang perlu dijaga atau mereka ketahui. Bukan kita larang
mereka untuk minum arak dan sebagainya, tapi jangan sampai melampaui
batas. Minum arak dirumah bukan tak boleh. Merata-rata botol arak
mereka buang. Tangga, lif, taman, laluan kaki lima, tempat parking.
Kadang-kadang balik dari tingkat atas ke bawah. Macammana kami nak
tahu tempat yang kami pegang itu suci? Kena pakai sarung tangan pergi
kemana-mana?

Ini sahaja aduan yang saya hantarkan
walaupun ada banyak lagi. Kalau nak tulis, panjang nya boleh jadi
macam satu novel. Anda boleh gelak, anda boleh cakap yang kami ini
terlalu cerewet, kami tak kisah. Tak sudi atau rasa tak perlu datang
tolong pun kami tak kisah. Janji kami tak berdiam diri dan akan terus
mencuba untuk menanggani masalah ini. InsyaAllah, perkara macam ini
akan berakahir satu hari nanti. Terima Kasih.

By: Awan

http://www.aduanrakyat.com.my/warga-asing-bermasalah-di-sri-palma-villa-mantin 

Kirim email ke