Assalamualaikum w.b.t Dalam menempuh kehidupan dunia yang semakin kompleks dan dalam mengharungi dunia dakwah yang semakin mencabar ini:
Adakah siapa-siapa yang berjaya menamatkan pengajian dari mana-mana universiti di Timur Tengah seperti Universiti Al-Azhar, Yarmouk, Mu'tah, Universiti Madinah dan lain-lain dalam bidang 'agama' seperti Syariah, Usuluddin dan lain-lain lagi itu boleh dipanggil ulama? Adakah siapa-siapa yang mempunyai pengetahuan 'agama' yang meluas tetapi tidak mempunyai ijazah, sarjana atau PhD dalam bidang 'agama' boleh dikategorikan sebagai ulama? Adakah siapa-siapa yang mempunyai pengetahuan luas dan pakar dalam bidangnya atau pun bidang-bidang lain yang 'bukan bidang agama' itu boleh diberikan status ulama? Adakah siapa-siapa yang diterima masuk menjadi ahli Persatuan Ulama Malaysia atau mana-mana 'persatuan ulama' yang wujud di atas muka bumi Allah ini betul-betul layak dipanggil ulama? Adakah yang digelar ulama itu mesti faqih dalam selok belok 'agama' Islam seperti fekah, muamalah, munakahah, siyasah, syar'iyyah dan lain-lain lagi? Who will CREDENTIAL anyone as ulama? Should ulama be PRIVILEGED? If not, are we happy to accept and recognize them as 'jack of all trade, master of all' ? If credentialling and privileging are necessary, what are things that may REVOKE these status? Terlalu mudah meletakkan label tertentu pada golongan tertentu bukanlah amalan yang terpuji dan tidak perlu dicontohi. Ingatlah, pendustaan atas nama agama bukanlah perkara yang baru.. Wallahua'lam. 'Tahfiz' auta http://www.hmetro.com.my/articles/2012012901181120120129011811/Article/artikelMA Oleh Hadzlan Hassan, Aniza Zainudin, Nurul Husna Mahmud, Zuliaty Zulkiffli dan Omar Osman [email protected] KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila ratusan anak yatim dan pelajar pusat tahfiz dikerah memungut derma bagi membiayai kegiatan menghidupkan semula ajaran sesat Azhar Wahab dengan berselindung di sebalik jualan amal di seluruh negara, terutama sekitar Lembah Klang. Ajaran Azhar Wahab diwartakan sesat oleh sembilan Majlis Fatwa Negeri, termasuk Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan secara berperingkat-peringkat sejak 1970. Lebih mengejutkan, siasatan wartawan Metro Ahad mendapati murid dan pelajar pusat tahfiz di Kedah yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dibekalkan dua produk kesihatan yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) dan cakera padat video (VCD) yang bukan saja tiada kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN), malah klip video dalam VCD terbabit jelas bertentangan dengan imej pelajar tahfiz. Cara kumpulan terbabit kali ini dilihat lebih tersusun bagi mengelakkan kegiatan mereka mudah dikesan dan dikenakan tindakan, namun produk yang dijual kepada orang ramai untuk diminum atau disapukan pada badan boleh diragui kandungannya kerana tidak menepati piawaian. Siasatan ke sebuah kilang di Sungai Petani, Kedah berdasarkan alamat pada botol produk mendapati, premis itu hanya melakukan kerja membuat ais krim dan menjahit langsir. Selain itu, identiti beberapa remaja perempuan yang mengaku pelajar pusat tahfiz turut diragui berikutan semakan wartawan di Kedah mendapati sekolah berkenaan hanya dihuni murid tahun satu hingga enam. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Nasyid: Ulama Pewaris Nabi http://www.4shared.com/audio/ZyqwkMSB/07_Ulama_Pewaris_Nabi.html Selamat Mendengar! ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

