Walapun pelbagai skim perumahan rakyat
yang diperkenal, hakikatnya masih ramai rakyat Malaysia yang
teraniaya akibat terbelenggu dengan masalah projek perumahan yang
terbengkalai, ada yang menanggung hutang, ada yang muflis, ada yang
hutang keliling pinggang akibat permasalahan perumahan terbengkalai
yang tiada nampak jalan penyelesaiannya disebalik begitu banyak nama
perumahan untuk rakyat dilancarkan , dicanang-canangkan setiap hari.

Berikut hanya sebahagian kecil sahaja
permasalahan rakyat yang terbelenggu dek projek perumahan
terbengkalai dari http://terbengkalai.blogspot.com 

PROJEK PERUMAHAN SEPEKAN MAKMUR, PEKAN,
PAHANG
Untuk makluman pihak tuan, kami pembeli
rumah Sepekan Makmur di bawah pemaju Sepekan Sdn Bhd di Pekan, Pahang
ingin memohon jasa baik pihak tuan agar dapat membantu menyelesaiakn
masalah CF masih tidak dapat dan masih tidak dapat menduduki rumah
yang kami beli. Mengikut perjanjian rumah siap pada tahun 2006 aduan
telah dimaklumkan kepada yb. di kawasan ini tetapi sehingga sekarang
masih tiada penyelesaian. Kami menemui jalan buntu. Perbincangan
dengan pemaju janji hanya tinggal janji sejak 2006 hingga lah
sekarang.

TAMAN BUKIT TINGGI, BENTONG, PAHANG
Saya telah membeli rumah pangsa kos
rendah di Taman Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Lokasi yang menarik
dan harga yang berpatutan telah menarik minat saya untuk mencuba
nasib memohon rumah tersebut. Alhamdulillah,setelah menjalani
beberapa kali temuduga, saya telah dipanggil untuk mencabut undi pada
26 April 2008 jam 9.30pg di Dewan Bukit Tinggi.

TAMAN BUKIT TINGGI, BENTONG, PAHANG
Kira-kira 600 pembeli unit rumah kos
rendah dan sederhana Fasa 3, Taman Desa Kempas dekat Tampoi di sini,
kecewa kerana rumah yang mereka beli sejak lebih 10 tahun lalu masih
belum siap, selain terpaksa membayar ansuran pinjaman bank.

TAMAN SRI BEMBAN, BATU GAJAH, PERAK
Saya seorang anggota polis di kontinjen
Pahang. Saya ingin membuat aduan tentang projek perumahan yang
terbengkalai di Taman Sri Bemban, Batu Gajah, Perak. Pemaju projek
tersebut adalah UNISERVICE (M) SDN.BHD. Saya telah membeli rumah
tersebut pada tahun 1998. Untuk makluman, projek Taman Sri Bemban
yang dimajukan oleh UNISERVICE (M) SDN.BHD telah diisytiharkan
sebagai projek perumahan terbengkalai pada 31 Disember 2002.

TAMAN PULAI JAYA, KULAI, JOHOR
Aduan yang ingin saya utarakan adalah
berkenaan projek perumahan terbengkalai Fasa G Taman Pulai Jaya,
Daerah Kulai Johor. Untuk makluman pihak tuan, projek pembinaan telah
ditangguhkan semenjak tahun 2007 dengan alasan pemaju kekurangan
bajet untuk meneruskan projek. Walaubagaimanapun, bermula tahun 2010
projek pembinaan telah dihentikan sepenuhnya

TAMAN SRI LAMBAK, JOHOR
Semenjak tahun 2004, Rumah yang dibeli
di Fasa 4, Taman Sri Lambak, Kluang Mukim Rengam masih terbengkalai.
Dailog telah beberapa kali diadakan tetapi tiada apa tindakan hingga
sekarang. Syarikat USRA ASS. Sdn Bhd tiada lagi rasa
bertanggungjawab. Aduan Ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan juga telah dibuat, Lawatan Pegawai juga telah melawat
kedudukan di tahap sama. Ini Rumah Pertama pun tiada pembelaan oleh
Kerajaan bagaimana pula Program Rumah Pertamaku yang dilancarkan.

TAMAN SRI NILAM, TANGKAK, JOHOR
Saya mewakili pembeli-pembeli rumah di
Taman Sri Nilam, Tangkak, Johor ingin membuat aduan mengenai projek
terbengkalai di Taman Sri Nilam ini. Projek tersebut dijanjikan siap
pada penghujung tahun 2004 dan akan diberi kunci pada awal tahun
2005, tetapi sehingga sekarang projek masih terbengkalai. Bagi kami
kakitangan kerajaan dan swasta yang membeli rumah tersebut, setiap
bulan gaji kami dipotong melalui Pinjaman Perumahan Kerajaan dan
swasta melalui Pinjaman Bank.

PUTATAN PLATINUM APARTMEN, KOTA
KINABALU
Alasan yang diberikan SPNB bahawa
kelewatan projek ini kerana permasalahan yang dihadapi oleh pihak
kontraktor adalah berlainan daripada sumber yang saya perolehi iaitu
kerana pembayaran yang tertangguh daripada pihak SPNB. Semestinya ia
menyukarkan kontraktor sekiranya tiada pusingan modal setelah kerja
yang mereka telah laksanakan tidak mendapat
bayaran.(common-senselah). Tempoh siap yang dijanjikan sepatutnya
bulan Ogos 2011 terpaksa dilanjutkan lagi sehingga tahun depan iaitu
bulan September 2012 memakan masa selama setahun.

PEMAJU  RHID DEVELOPMENT SDN BHD
Saya salah seorang pembeli rumah projek
perumahan terbengkalai di Jalan Kebun Telok Panglima Garang klang
selangor.saya amat kecewa dengan apa yang telah berlaku,sehingga kini
tiada apa-apa pembinaan diatas tanah yg telah diratakan.Dari tahun
2004 sehingga kini 2012 hutang bank makin bertambah,kini telah
mencecah lebih dari 100 ribu ringgit,dan tindakan undang2 yang
diambil untuk mengisytiharkan muflis terhadap saya.pemaju yang
menjalankan projek ini ialah RHID DEVELOPMENT SDN BHD.

Kirim email ke