AMAL N.Sembilan akan menganjurkan Kejohanan Futsal pada 12 Feb 2012 di Rembau. 
Masih ramai yang masih keliru akan hukum menyertai sesuatu pertandingan atau 
kejohanan. Untuk makluman, hadiah Kejohanan Futsal pada 12 Feb nanti bukanlah 
diambil dari yuran penyertaan sebanyak RM50.

Justeru itu AMAL N.Sembilan memberi peluang kepada mana-mana pihak yang 
berminat untuk menaja sedikit, sebahagian atau keseluruhan hadiah pertandingan.

Kepada mereka yang berminat sila hubungi Sdr Izamri 013-2124086. Sumbangan 
hadiah pertandingan boleh disalurkan melalui akaun CIMB 05020693061526.

Maklumat lanjut Kejohanan Futsal 12 Feb 2012 di http://yam-ns.blogspot.com 

****************** 
Hukum sertai pertandingan memancing

Soalan : SAYA gemar memancing dan sering menyertai pertandingan memancing. 
Persoalannya, adakah menyertai pertandingan memancing yang menawarkan hadiah 
seperti RM5,000 bagi tempat pertama juga termasuk dalam judi?

Jawapan:

Dalam hukum mengadakan pertandingan memancing dan menyertainya serta menerima 
hadiah dari pengajur, ada beberapa persoalan yang harus diberi perhatian oleh 
penganjur dan peserta. 

Di antara perkara yang harus diberi perhatian ialah hadiah kepada pemenang 
diambil dari sumber yang mana? Adakah ia diambil daripada wang penyertaan atau 
hadiah itu sumbangan dari individu atau agensi? 

Sekiranya hadiah itu diberi hasil wang kutipan penyertaan maka hukumnya haram. 
Maka sumber haram ini tidak boleh dimanfaatkan untuk makan minum atau pakaian. 

Dalam pertandingan memancing atau sebagainya, ada unsur pertaruhan atau jika 
membabitkan hadiah atau pemberian. Walaubagaimanapun tidak semua hadiah akan 
menjadi judi atau pertaruhan. Ada yang menjadi hibah (hadiah) yang dihalalkan 
oleh syarak. 

Justeru, bagi mengelak hadiah itu menjadi judi atau pertaruhan, ia hendaklah 
menepati salah satu dua keadaan berikut:

1. Hadiah itu diambil daripada pihak luar yang tidak terlibat dalam 
pertandingan (mendapatkan tajaan dari mana-mana pihak kerajaan atau swasta). 

2. Hadiah itu ditawarkan oleh satu pihak sahaja daripada pihak-pihak yang 
bertanding. Sebagai contoh, seorang berkata kepada kawannya: "Ayuh berlumba 
denganku. Jika kamu menang, aku akan beri hadiah kepadamu RM50. Adapun jika 
kamu kalah, tidak perlu kamu memberikan apa-apa hadiah kepadaku."

Maksudnya penganjur pertandingan memancing menawarkan hadiah tanpa mengenakan 
wang pertaruhan.

Sumber 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0619&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke