Wahai saudaraku
Lentukkan kepalamu
Pejamkan matamu
Khayalkan dirimu
Lupakan asalmu

Tinggalkan hasratmu
Lemparkan cita-citamu
Buangkan harapanmu
Sepahkan tujuanmu

Sempitkan dadamu
Buat-buatlah tak tahu

Wahai saudaraku
Sedarlah kesilapanmu..



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
Jelajah Hasan Ali Terus Dapat Sokongan

Oleh Mohd. Asron Mustapha  [email protected]

KUALA LUMPUR 1 Feb. ­ Meskipun berdepan dengan 
pelbagai kepayahan termasuk semua kain rentang 
diturunkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), siri 
jelajah dan pendedahan Datuk Dr. Hasan Ali 
mengenai ‘parasit’ dalam Pas terus mendapat sambutan daripada orang ramai.

Ia terbukti apabila malam tadi lebih 1,000 
pengunjung hadir memenuhi padang di Dataran 
Pahlawan, Seksyen 2, Bandar Baru Bangi, sekali 
gus menyerlahkan aura Hasan yang kini lantang 
memperjuangkan syiar Islam, Melayu dan institusi diraja selepas dipecat Pas.

Hasan yang memulakan ceramah pada pukul 10.50 
malam mula menggamit perhatian pengunjung apabila 
beliau mendakwa Pas yang kini dikuasai lebih 70 
peratus kumpulan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, 
sudah tersasar daripada perjuangan asal semata-mata demi kuasa politik.

Sebagai buktinya, dedah beliau, beberapa hari 
sebelum dipecat, seorang wakil Pas Pusat datang 
menemuinya dan meminta agar segala penguatkuasaan 
bagi mencegah kemungkaran di Selangor, 
dikurangkan kerana khuatir ia menjejas sokongan terhadap pembangkang.

“Datanglah wakil Pas Pusat bertemu dengan saya, 
suruh saya kurangkan operasi dan penguatkuasaan 
(cegah maksiat). Apa dia kata, dia kata yang 
penting Dr. Hasan, kita kena tawan Putrajaya 
dulu. Ini orang Pas yang bercakap, masya-Allah... 
lillahitaala, itulah bahasanya.

“Di Selangor ini yang Menteri Besar orang Islam, 
Exco kerajaan negeri (terdiri) lima orang Islam 
dan Exco agama juga orang Islam pun tak boleh nak 
dilaksanakan tindakan mencegah kemungkaran, apa 
yang kita (Pas) boleh buat kalau kita tawan Putrajaya?

“Saya tidak kata Putrajaya itu tidak penting 
tetapi jangan sampai gadai agama. Perintah Allah 
kita junjung, keinginan manusia kita kelek 
(usung) bukan sebaliknya seperti Pas hari ini. 
Keinginan siapa? Keinginan seorang rakyat 
Malaysia yang terlalu nak jadi Perdana Menteri,” katanya.

Hasan yang juga bekas Pengerusi Hal Ehwal Agama 
Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan 
Kemudahan Awam itu juga mendedahkan seorang 
personaliti Pas Selangor telah menasihatkan bekas 
Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. 
supaya jangan bercakap soal gerakan Kristian.

Katanya, nasihat tersebut dibuat ketika Hasan 
Basri dan personaliti berkenaan berceramah di 
pentas yang sama beberapa bulan lalu dan bekas 
Ketua Penerangan Pas Selangor itu dikehendaki 
bercakap mengenai demonstrasi Bersih 3 serta perlu memuji Datuk S. Ambiga.

Dalam pada itu, Hasan memberitahu, pemecatan 
beliau daripada Pas disebabkan ‘dosanya’ menyekat 
penjualan arak menyekat orang berjudi di Selangor 
serta tegas menyatakan yang benar itu benar, yang 
batil itu batil, adalah sesuatu dibenci oleh DAP 
dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya dipecat tanpa ada pertuduhan bertulis 
sedangkan mengikut perlembagaan parti ia wajib. 
Saya juga tidak diberi ruang walau seminit untuk 
membela diri dan inilah kali pertama dalam 
sejarah Pas, parti ini begitu drastik mahu 
memecat saya hanya kerana tekanan DAP dan PKR.

“Kesalahan saya bukan mencuri; bukan merompak; 
bukan menggugat kepimpinan parti dan bukan isu 
moral. Saya tak meliwat orang, kesalahan saya 
bukan kerana gila kuasa, kesalahan saya kerana 
melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah di Selangor.

“Salah saya kerana membuat ulasan bukan mengenai 
Pas tapi mengenai Anwar hanya kerana tidak setuju 
demonstrasi 9 Januari. Isu mahkamah itu masalah 
peribadi, kenapa harus dibabit dengan rakyat dan 
mahasiswa yang ketika itu peperiksaan sedang berlangsung,” katanya.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm
Tidak Cukup Berundur, Abdul Hadi Mesti Perbetul Akidah Pengikut Pas

KOTA BHARU 1 Feb. ­ Bekas anggota Dewan Ulama 
Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris menyambut baik 
kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi 
Awang untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Beliau bagaimanapun menegaskan, Abdul Hadi 
bertanggungjawab untuk membetulkan kembali akidah 
pengikut Pas yang terpesong disebabkan amanat beliau mengkafirkan UMNO.

Jelas Mohd.Noor, ramai pengikut Pas masih 
berpegang kepada amanat tersebut yang menganggap 
mati syahid kerana menentang UMNO, sedangkan 
pegangan itu jelas bertentangan dengan Islam.

“Tidak cukup dengan Abdul Hadi berundur, beliau 
mesti bertaubat dengan dosa-dosanya melalui 
Amanat Hadi yang membawa malapetaka, ini termasuk 
tercetuskan Peristiwa Memali, gerakan bawah tanah 
merekrut pelajar pusat pengajian tinggi untuk 
menentang kerajaan dan akidah pengikut Pas yang 
rosak kerana beriktikad dengan amanat tersebut,” 
katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebuah akhbar sebelum ini melaporkan kenyataan 
Presiden Pas itu yang menyatakan kesediaannya 
untuk tidak bertanding pada PRU-13 bagi memberi 
peluang kepada golongan pelapis.

Pada 1984, Majlis Fatwa Kebangsaan telah 
memutuskan amanat tersebut yang dibuat oleh Abdul 
Hadi dalam satu ceramah di Kuala Terenggau pada 
1981, sebagai bertentangan dengan Islam.

Mengulas lanjut, Mohd. Noor yang juga Pengerusi 
Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan 
berkata, beliau masih ingat apabila turut 
terlibat dalam gerakan merekrut pelajar pusat 
pengajian tinggi untuk menentang kerajaan 
disebabkan beriktikad kepada Amanat Hadi itu.

“Saya sendiri terlibat sebab itu saya tahu. 
Begitu juga dengan peristiwa berdarah Memali 
berlaku kerana mereka menganggap menentang UMNO 
adalah jihad dan mati syahid. Merek beriktikad 
orang UMNO kafir dan keluar Pas murtad. Sebab 
itu, gelaran ‘ustaz murtad’ sangat popular dan 
diberikan kepada golongan ustaz yang keluar daripada Pas,” katanya.



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm
Fahaman Anwarisme Ancaman Paling Bahaya - Hasan Basri

KUALA LUMPUR 1 Feb. - Bekas Ketua Penerangan Pas 
Selangor, Hasan Basri Mohd. meminta umat Islam 
tidak memandang ringan pendedahan beliau berhubung 'fahaman Anwarisme'.

Ia kerana, dakwa beliau, sejak kebelakangan ini, 
satu demi satu bukti mengesahkan bahawa fahaman 
Anwarisme yang diperjuang Ketua Pembangkang, 
Datuk Seri Anwar Ibrahim berbahaya kepada umat Islam di Malaysia.

"Tiba-tiba kita dikejutkan kononnya untuk 
menyokong keselamatan Israel, kenyataan itu jelas 
bertentangan dengan peringatan Allah bahawa 
Yahudi adalah ancaman yang nyata kepada umat Islam.

''Kenapa sanggup mengiktirafkan Israel, satu 
bangsa yang dilaknat Allah dan saya hairan dalam 
keadaan itu pun kita (Pas) boleh menerima, 
sedangkan dahulu kita juara menentang kebiadaban Israel," dakwanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan 
ceramah bertajuk Masa Depan Politik Malaysia-Demi 
Kedaulatan Agama Islam, Bangsa Melayu & Institusi 
Raja di Balai Pahlawan, Seksyen 2, Bandar Baru Bangi, di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Hasan Basri melontarkan 
pertanyaan kepada Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz 
Omar, apakah Ahli Parlimen Pokok Sena tersebut 
menganggap kenyataan Anwar mengenai Israel bukan ancaman kepada Islam?

Sambil mengimbau kejadian pada pertengahan tahun 
1990-an, yang mana Mahfuz sanggup meringkuk dalam 
penjara selama setahun kerana menentang kehadiran 
pasukan kriket remaja Israel, beliau bertanya di mana prinsip itu kini.

"Apakah Mahfuz lupa? Mereka berarak, menentang 
dan akhirnya dipenjara kerana mempertahankan 
Islam daripada pencerobohan Israel, tetapi hari 
ini ikon mereka yang menyata akan menyokong keselamatan Israel.

"Mana suara-suara yang dahulu menjadi juara 
menentang Israel? Apakah ini bukan ancaman kepada 
masa depan Islam? Kenapa semua mereka berdiam 
diri apabila kenyataan itu dikeluarkan Anwar," katanya.




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke