Laporan akhbar 2 Feb 2012 menyebut seekor buaya sepanjang 1.03 meter telah 
berjaya di tangkap di Taman Rekreasi Tasik City Park, Seremban 2. Sebelum ini 
juga dilaporkan beberapa ekor buaya telah dilihat di kawasan pantai di 
N.Sembilan dan Melaka.

Walaupun ada pihak yang cuba menafikannya pada awalnya seperti apa yang saya 
ceritakan sebelum ini di 
http://waghih.blogspot.com/2010/05/video-buaya-sedang-berenang-di-pantai.html 

Anak buaya tembaga di City Park ditangkap
2 Feb 2012 

SEREMBAN – Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan hari ini berjaya menangkap anak 
buaya tembaga yang menjadi perbualan pengunjung taman rekreasi Tasik City Park, 
Seremban 2 di sini sejak dilaporkan baru-baru ini. 

Pengarah Perhilitan negeri, Mohd Zaide Mohamed Zin berkata, sepasukan anggota 
jabatannya melakukan operasi sejak 10 malam tadi dengan memasang pancing yang 
akhirnya mengena pukul 7.20 pagi. 

"Kita memasang sebelas pancing di kawasan tasik tersebut. Anak buaya jantan itu 
dapat ditangkap dalam keadaan sihat dan tidak cedera. 

"Berukuran 1.03m panjang, manakala beratnya 2.75kg ia telah dihantar ke Paya 
Indah Wetlands, Dengkil untuk tujuan pemeliharaan,” katanya di sini.

Mohd Zaide berkata, sejak laporan diterima daripada pihak pengurusan City Park 
pada 10 Januari lepas, pelbagai usaha dijalankan untuk menangkap anak buaya 
itu. – BERNAMA

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_12.htm
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke