Malam tadi telah diadakan jamuan makan malam pertemuan kembali bekas pelajar 
sekolah tingkatan 5 tahun 1982, pertemuan selepas 30 tahun meninggalkan 
tingkatan 5 sebuah sekolah di Seremban. Sahabat saya menceritakan rakyat 
Malaysia yang terbunuh di Filipina yang dikaitkan dengan kumpulan Abu Sayyaf 
dan JI adalah merupakan bekas pelajar sekolah yang muda setahun, iaitu batch 
junior SPM tahun 1983. 

Saya pada mulanya tak kenal siapa yang dimaksudkan. Rakan saya sebutlah nama 
gelarannya, sebab kami di sekolah dulu boleh dikatakan setiap pelajar ada 
gelaran unik masing-masing. Sebab dah 30 tahun meninggalkan sekolah menengah, 
ingatan saya pun ingat-ingat lupa.

Puas saya ingat kembali. Memori saya sedikit demi sedikit teringatkan kepada 
junior saya tadi. Kalau tak silap saya dia memang junior saya. Dia sama-sama 
dengan saya dalam aktiviti ko kurikulum di sekolah kalau tak silap saya.

OK sampai situ saja ceritanya. Saya bukan hendak membicarakan mengenai Abu 
Sayyaf atau JI atau pengganas, perkara ini biarlah pihak berkaitan yang 
membicarakannya.

Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah kebajikan keluarga Sdr Zulkifli, 
sebagai bekas pelajar sekolah kami. Motto sekolah saya dalam Bahasa Inggeris , 
memberi maksud “Sekali kita menjadi pelajar di sekolah tersebut, selama-lamanya 
kita bersama”, antara kata lain kita bekas pelajar sekolah tersebut sedikit 
sebanyak harus mengambil berat hal kebajikan mereka atau keluarga mereka 
mengikut kemampuan mereka. 

Dalam perkara ini , apa yang berlaku, ianya dah berlaku. Saya sebagai bekas 
pelajar sekolah berkenaan mengharapkan kerajaan Malaysia dapat menguruskan 
penghantaran pulang jenazah Zulkifli Abdul Hir sebagai permintaan terakhir di 
dunia ibunya Puan Aminah Abdul Aziz.

Saya juga mengharapkan persatuan bekas pelajar sekolah kami dapat memberikan 
sokongan moral kepada ahli keluarga Zulkifli Abdul Hir terutamanya bondanya 
yang tercinta Puan Aminah Abdul Aziz.

Rozmal bin Malakan (Waris Jakun)
Seremban
http://waghih.blogspot.com  

KDN tidak tolak kemungkinan
 
PUTRAJAYA 4 Feb. 2012 - Kementerian Dalam Negeri tidak menolak kemungkinan 
terdapat lebih daripada seorang rakyat Malaysia terbunuh dalam serangan ke atas 
kubu kuat militan Abu Sayyaf dan pertubuhan Jemaah Islamiah (JI) di selatan 
Filipina kelmarin.
 
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, rakyat Malaysia yang 
terbunuh itu dikenal pasti mempunyai kaitan dengan pertubuhan JI dan Darul 
Islam.
 
Bagaimanapun, katanya, siasatan lanjut mengenai identiti anggota kumpulan itu 
yang terbunuh masih dijalankan untuk membuktikan kewarganegaraannya.
 
Dalam serangan waktu Subuh itu, tiga pemimpin kanan paling dikehendaki kumpulan 
tersebut iaitu pemimpin Abu Sayyaf warga Filipina, Umbra Jumdail; rakyat 
Malaysia, Zulkifli Hir (gambar) dan warga Singapura, Abdullah Ali Alias 
Muawiyah turut terbunuh.
 
Friday, 03 February 2012 15:23 

The mother of a suspected Malaysian terrorist leader killed in the Philippines 
has appealed for the return of the body of her dead son, a news report said 
Friday.
 
Aminah Abdul Aziz, 64, asked authorities in Kuala Lumpur and Manila to send 
back to Malaysia the body of her son, Zulkifli Abdul Hir, so he could be given 
proper burial.
 
Zulkifli, also known as Marwan, 46, was an engineer who worked in a 
telecommunications company in Kuala Lumpur before he became a leader of the 
Indonesia-based militant group Jemaah Islamiyah in 2000. He left behind a wife 
and three children.

http://staroba.my/component/content/?view=featured 
http://bigcatrambleon.blogspot.com/2012/02/untold-story-of-zulkifli-abdul-khir.html
 


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke