Adakah kerajaan bersikap lepas tangan dalam isu menangani perumahan 
terbengkalai di Malaysia apabila Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), tidak 
lagi bertanggungjawab memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai? 
 
Beberapa masalah, keluhan nasib pembeli projek perumahan terbengkalai di 
http://terbengkalai.blogspot.com 
 
SPNB tak lagi pulih projek perumahan terbengkalai
11:47AM Feb 5, 2012
 
Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), tidak lagi bertanggungjawab memulihkan 
projek-projek perumahan terbengkalai sejak 2010, kata pengarah urusannya, Datuk 
Kamarul Rashdan Salleh.
 
Beliau berkata, menurut dasar yang diputuskan kerajaan pada 2010, projek 
terbabit kini diurus sepenuhnya oleh Persuruhjaya Bangunan, Kementerian 
Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
 
"Saya difahamkan bahawa kementerian terbabit akan bekerjasama dengan pemaju 
perumahan untuk memulihkan projek-projek terbengkalai," katanya kepada Bernama.
 
Kamarul berkata, SPNB bagaimanapun akan meneruskan pembangunan projek 
terbengkalai di Taman Tangkak Emas dan Taman Jasa Amir, kedua-duanya di Johor, 
mulai Mac ini.
 
Kedua-dua projek itu terbengkalai sejak 2005.
 
- Bernama
 
http://www.malaysiakini.com/news/188333

Kirim email ke