CERAMAH MAULIDURRASUL
Bersama Al Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid
Tarikh : 12 Feb 2012 , AHAD
Masa : 7 mlm
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang, N.Sembilan

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Program bersama Al Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid di iKiM.fm 
akan keudara setiap Sabtu, 9.15pm. Siaran Ulangan adalah pada hari Ahad pukul 
6.00am 

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid akan membahaskan kitab Fiqh al-Sirah hasil 
penulisan Sheikh Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti.

Untuk streaming melalui internet, sila ke laman web iKiM.fm di link berikut:-
http://www.ikimfm.my/ikimfm atau http://tunein.com/radio/IKIM-FM-915-s2456/ 

Biodata Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid www.darulmurtadza.com 

AL HABIB ALI ZAENAL ABIDIN BIN ABU BAKAR AL HAMID

Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 12 April 1974, selepas solat Jumaat di 
Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Beliau anak ke-2 dari 6 adik-beradik (4 
lelaki dan 2 perempuan). Beliau daripada keluarga sederhana yang hidup di 
sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai para ulama' dan terdapat juga 
beberapa buah pondok pesantren di situ. 

Sewaktu membesar, beliau berguru dengan:
1. Ustadz Hasan Baharom
2. Ustadz Soleh Bal As'ad
3. Ustadz Abdul Hamid
4. Ustadz Soleh Bin Agil
5. Ustadz Ahmad Barakwan
6. Ustadz Husin Bin Abu Bakar
dan ramai lagi para asatizah. Beliau berguru dengan kesemuanya berbagai-bagai 
kitab dalam bidang agama.

Pada usia beliau 21 tahun, dengan restu Ayahanda, Al Habib Abu Bakar bin Salim 
Al Hamid, dan Bonda, beliau pergi ke Hadhramaut, Yemen untuk meneruskan 
pengajian. Di Hadhramaut, beliau berguru dengan:
1. Al Habib Umar bin Hafidz (pemimpin Dar Al Mustafa)
2. Al Habib Ali Masyhur
3. Al Habib Salim As Syatiri
4. Al Habib Hasan As Syatiri
5. Al Habib Abdullah Bin Syihab
6. Al Habib Abdul Qadir Jailani Al Masyhur
7. Al Habib Abdullah bin Syeikh Al Idrus
8. Syeikh Fadal Ba Fadal
9. Al Habib Musa Al Kazim As Saqqaf
10. Syeikh Umar Husain Al Khatib
11. Syeikh Umar Abu Bakar Al Khatib
12. Al Habib Ali Abdul Rahman Al Jufri

Beliau juga adalah antara anak murid Al Habib Umar bin Hafidz yang pertama di 
Dar Al Mustafa. Bakat semulajadi beliau sebagai seorang pendakwah mula diasah 
oleh Al Habib Umar bin Hafidz.

Selepas pengajian beliau di Hadhramaut, Yemen, beliau pergi ke Mesir pula. 
Selama 5 tahun di Universiti Al Azhar, beliau terus berguru mendalami ilmu-ilmu 
agama dengan:
1. Dr. Abdul Badi' Abu Hashim
2. Dr. Saad Jawish
3. Dr. Ali Jum'ah
4. Dr. Muhammad Jibril

Di sini juga beliau, seiring dengan belajar, telah terus mengasah kemahiran 
berdakwah beliau dengan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar dari pelbagai 
kaum dan bangsa.

Setelah menerima ijazah (degree) dalam jurusan 'Islamic Legislation and Law' 
dari Universiti Al Azhar, beliau meneruskan kembara ilmunya di Universiti Islam 
Antarabangsa (UIA), Malaysia, dalam jurusan Al Quran dan Sunnah. Dalam tahun 
2004, beliau bernikah dan sejak itu, beliau serta isteri telah dianugerahkan 
dengan 3 orang puteri.

Setelah selesai kuliahnya di peringkat sarjana (masters), beliau sekarang 
sedang giat berusaha menyempurnakan doktor falsafah (PhD) beliau dalam jurusan 
Al Quran dan Sunnah.

DARUL MURTADZA

Dalam tahun 2004, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri, pengasas Darul Murtadza 
berpindah ke Kota Tinggi, Johor. Oleh kerana itu, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri 
telah memohon Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid untuk mengambil alih. 
Alhamdulillah, sejak dari itu, Darul Murtadza telah berkembang dari awalnya 
sebagai pengajian di rumah Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dengan jemaah 10 
– 20 orang ke sekarang, di Surau Al Hidayah (AU3) dengan jemaah yang makin 
bertambah.

Latar belakang pendidikan dan pembangunan diri Al Habib Ali Zaenal Abidin Al 
Hamid yang dinamik dan menyeluruh, diregukan dengan bakat semulajadi dan 
kemahiran berdakwah yang telah diasah dan dibentuk oleh guru-guru beliau, 
menjadikan beliau seorang pendidik dan pendakwah yang bukan sahaja dikenali 
dengan kehebatan beliau di medan ilmu dan dakwah, tetapi juga sama dikenali 
kerana akhlak dan adab beliau yang mulia.



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke